“Muda Lagi Lambat Nak Kahwin, Tapi Nak Beli Rumah Dulu…”Jom Ikuti Tips Dari Lelaki Ini.

 

"Tanan azam dan matlamat untuk beli rumah mulakan daripada awal. Masa muda kena ada kesedaran. Kalau boleh masa bujang dah ada 2 buah rumah untuk pelaburan..."

1. Mulakan Simpanan.

Bina karektor untuk menyimpan dengan baik. Pihak bank suka memberi pembiayaan perumahan kepada mereka yang mempunyai karektor seperti ini. Biarlah kawan kau orang cakap kau kerek dalam berbelanja. Buat derk sudah.

2. Ambil Takaful Masa Muda.

Ansuran bulanan rendah. Pihak bank tahu yang kau juga berisiko rendah.

3. Baiki Hutang Jahat.

Jelaskan hutang tertunggak kad kredit, PTPTN, pembiayaan peribadi dan kereta. Bayar mengikut masa yang ditetapkan.

4. Ada Hutang Tertunggak?

Bayar bagi cun mengikut tempoh dan jumlah yang ditetapkan.

5. Bijak Uruskan Kad Kredit.

Jika ada kad kredit, gunakan hanya untuk membeli barang keperluan dan isi minyak kereta untuk rebat mata. Kalau tak pandai dan tak berdisiplin, tak payah lah guna.

6. Baki Akaun Bank Tiap Bulan.

Baki dalam akaun bank jangan tinggal berbelas ringgit je setiap tengah bulan. Kos sara hidup kena kira.

7. Cek CCRIS di BNM.

Pastikan CCRIS cun melecun. Nombor 0,0,0 je muncul. Jika ada sangkut nombor 1,2,3, baiki dulu. Memang bank tak bagi pembiayaan perumahan kalau ada yang tersangkut macam tu.

8. Cek Kelayakan Pembiayaan Perumahan.

Cek kelayakan pembiayaan perumahan daripada pihak bank. Walk in ke 3, 4 buah bank. Bawa slip gaji sekali.

9. Tak Perlu Kereta Dulu.

Jangan beli kereta atau ambil pembiayaan peribadi dahulu kerana akan menyebabkan Debt Service Ratio (DSR) semakin tinggi.

10. Kira DSR.

DSR = jumlah komitmen hutang dengan bank / pendapatan bersih X 100%. Pastikan bawah 60%.

11. Cari Rumah Murah.

Beli rumah murah dulu. Jangan nak rumah yang di atas tanah saja. Beli apartmen. Harga di bawah RM100K. Bulanan baru RM600.

12. Bagi Sewa.

Beli rumah yang murah terlebih dahulu dan sewakan ikut bilik. Boleh dijadikan sebagai pendapatan tambahan.

13. Lokasi Cun.

Pilih kawasan yang mudah untuk disewa. Lokasi berdekatan dengan stesen bas, pusat membeli belah misalnya. Permintaan untuk menyewa adalah lebih tinggi.

14. Kurangkan Hutang.

Gaji sikit lagi. Baru mula kerja. Pilih rumah murah pada peringkat awal untuk elak bebanan kewangan yang tinggi.

15. Sediakan Deposit Rumah.

Sediakan deposit rumah 10% daripada harga rumah. Seelok-eloknya ada 15% daripada harga rumah untuk kos guaman dan kos sampingan.

16. Awas, Ditipu Ejen.

Jika sudah jumpa rumah, deposit wajib dibayar kepada nama agensi ejen tersebut. Bukan ke dalam akaun bank peribadi ejen tu.

17. Deposit Tidak Hangus.

Tanya ejen dahulu. Jika pembiayaan perumahan tidak diluluskan, adakah deposit boleh dapat balik. Pastikan deposit adalah "refundable".

18. Mohon Pembiayaan Perumahan.

Hantar permohonan sekurang-kurangnya ke 3-4 buah bank. Biasanya jika guna ejen hartanah, mereka akan uruskan.

19. Ada Kerja Tetap.

Cari kerja yang berkerja tetap dan ada penyata sekurang-kurangnya 6 bulan gaji.

20. Hidup Dibawah Kemampuan.

Cuba hidup di bawah kemampuan masa kau orang bujang ni. Lelaki terutamanya. Tak payah merokok, vape, beli kereta, berjalan-jalan, bercuti luar negara bagai. Tak payah nak tunjuk kau tu mewah padahal miskin.

21. Kerja Hari Minggu, Tambah Pendapatan.

Buat kerja masa cuti. Sabtu Ahad. Biarkan orang lain keluar dengan awek. Kita kerja. Setkan matlamat jelas. Bersusah payah dulu. Cari duit tambahan untuk tampung perbelanjaan. Dapat duit untuk lepas makan sebulan okay dah. Kerja kedai makan. Gaji dapat, makan pun percuma.

22. Rumah Murah Masih Ada.

Rumah murah memang ada, rumah lelong ada bawah RM80K. Rajinkan diri mencari. Beli, baiki, cat balik dan sewakan. Tiap hari buka Mudah.my. Berkawan dengan ejen hartanah.

23. Kuasai Ilmu Pengurusan Kewangan.

Tambah ilmu pengurusan kewangan daripada masa ke semasa. Banyakkan membaca buku pengurusan kewangan. Bukan duk bazirkan duit membeli majalah artis, buku hantu, novel cinta semua tu.

24. Jangan Ikut Orang.

Beli rumah ikut kemampuan diri sendiri, bukan ikut orang lain. Sudah ada satu untuk pelaburan masa depan pun cukup dah.

25. Kawan Positif.

Carilah kawan yang mempunyai objektif yang sama. Saling membantu. Kau gaji ciput tapi duk berkawan dengan orang yang suka travel ke luar negara. Gila ke apa.

26. Jangan Tunggu!!!

Jangan tunggu beli rumah, tetapi beli rumah dan tunggu. Harga rumah makin naik setiap tahun.

27. Tangguhkan Kehendak, Utamakan Keperluan

Tangguhkan kehendak. Jika kau tak mampu beli tunai jangan nak berhutang. Beli IPhone, sport rim, mod vape mahal misalnya.

28. Bertindaklah Dengan Bijak.

Ambil tahu, ambil tindakan. Apa tindakan kau buat masa zaman muda, akan memberi kesan pada masa hadapan.

29. Jika tak mampu tambah pendapatan, kurangkan perbelanjaan.

Masa bujang ni kata pelaburan itu haram lah, pembiayaan perumahan ada riba lah. Haram itu haram ini. Tapi kau orang haram nak menyimpan wang. Bila dah terkena, terhimpit, terdesak nak guna wang barulah padan muka. Kah!

Semoga Bermanfaat!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,641 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen