3 Karakter Pada Teman Lelaki Yang Wanita Pandang Untuk Dijadikan Sebagai Bakal Suami.

 

Seperti yang kita tahu, wanita ini memang banyak ragam dan kerenahnya. Oleh sebab itu tidak semua orang boleh faham akan dirinya, dan boleh melayan kerenahnya termasuklah teman lelakinya sendiri. Walaupun ahli keluarga termasuk sahabat baik, kadang-kala pening kepala melayan ragamnya yang terlalu merumitkan.

Dalam hidup wanita, sudah tentu orang yang paling utama dalam hidupnya adalah ibu bapa dan juga adik-beradik, malah sahabat baiknya sendiri. Jika tiada sahabat baik, siapa pula ingin menjadi brides maid nya nanti, untuk memeriahkan lagi suasana perkahwinan.

Jadi, karakter yang bagaimanakah wanita ini boleh nampak teman lelakinya berpotensi menjadi bakal suami suatu hari nanti, jom kita lihat….

1. Menjadi sebagai bapa.

Karakter bapa adalah seorang yang kuat, gagah, rajin dan mampu menjadi pelindung. Begitu jugalah karakter yang si wanita ini idamkan pada teman lelakinya. Majoriti wanita mahukan seorang lelaki yang boleh menjadi pelindung pada diri mereka. Kerana wanita ini secara peribadinya adalah seorang yang lemah, oleh kerana itu mereka mahukan dirinya sentiasa berasa selamat.

Sekeras-keras wanita yang boleh berdikari, pasti memerlukan pertolongan dari seorang lelaki kerana kudrat wanita tidak sama dengan kudrat seorang lelaki. Hanya dengan karakter begini, sudah tentu mereka mahu memanggil pasangannya Superhero!

2. Menjadi sebagai ibu.

Bagi wanita, teman lelaki yang boleh menjadi ibu padanya adalah, seorang yang tidak jemu memberi nasihat dalam bentuk leteran. Seperti yang kita tahu, leteran dari seorang ibu sukar untuk berhenti, dan kadang-kala agak merimaskan. Rimas tapi jika sudah lama tidak kedengaran, pasti rindu. Tiba-tiba menangis. Tiba-tiba nak balik kampung nak peluk ibu.

Begitulah yang si wanita ini mahukan pada teman lelakinya, jika tidak dengar leteran pasti rindu. Bukannya benci.

3. Menjadi adik-beradik, bahkan sebagai sahabat baik.

Sahabat baik yang sudah lama berkenalan sehingga boleh diibaratkan sebagai adik-beradik. Mengapa ya? Siapa sahaja yang suka dengan perangai adik-beradik sendiri, ada sahaja benda yang tidak kena pada mata mereka. Sering pula bergaduh. Sikap masing-masing pula amat menjengkelkan. Walaupun bersikap sebegitu, jauh dalam sudut hati sudah pasti sayang. Sudah pasti rindu kalau tidak bergaduh pula.

Sering cakap lepas, tidak kisah jika hati tersentap. Namun pada pengakhiran, masing-masing mengaku salah kerana Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus. Begitu juga harapan wanita pada teman lelakinya, teruk macam mana sikapnya sekalipun, jangan lah tinggalkan mereka. Sama-sama memperbaiki diri.

Dan yang paling penting, pengorbanan. Tidak kisah berkorban, asalkan bahagia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,893 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen