Jangan Terlalu Meletakkan Harapan Yang Tinggi Pada Pasangan, Takut Nanti Kecewa.

 

Setiap insan yang bercinta pasti mengharapkan pasangan dapat memahami antara satu sama lain, memberikan cinta dan menerima cinta seikhlas hati, malah sudah tentu kebahagiaan. Namun, pasti ada juga terdetik dalam hati mereka dan mengharapkan sesuatu yang luar biasa daripada pasangan.

Lelaki dan wanita sudah tentu mempunyai harapan yang berlainan. Seperti lelaki, secara lumrahnya mereka mengharapkan pasangannya

Yang boleh memasakkan untuk mereka….

Tidak menambahkan tekanan pada mereka….

Boleh menemani mereka tidur setiap masa setelah berkahwin….

Tidak sibuk semak telefon bimbitnya dan membaca mesej yang peribadi…

Malah tidak mengkritik setiap perkara yang dilakukan…

Mudah!

Tetapi pada zaman sekarang, secara logiknya seorang lelaki mahukan wanita yang sentiasa dan boleh menjaga kecantikan sentiasa. Termasuklah ketika di ruang kamar. Itulah realitinya. Lelaki zaman sekarang telah dibayangi dengan wajah-wajah wanita yang mulus, tidak kusam, ramping sentiasa dan seumpama dengannya. Namun, hakikatnya semua wanita setelah berkahwin tidak dapat menguruskan diri sendiri kerana tiada masa.

Begitu juga dengan kaum wanita, kaum inilah yang terlalu banyak mengharapkan daripada seorang lelaki sejak dari awal perkenalan. Kerana mereka mahukan lelaki itu menjadi…

  • Seorang kawan
  • Seorang teman
  • Seorang kekasih
  • Seorang abang
  • Seorang bapa
  • Seorang ketua
  • Seorang tukang masak hebat
  • Seorang juru elektrik
  • Seorang tukang paip
  • Seorang mekanik bertauliah

  • Seorang tukang kayu
  • Seorang pakar hiasan dalaman
  • Seorang ahli psikologi
  • Seorang yang boleh menyembuhkan penyakit
  • Seorang yang sedia mendengar
  • Seorang pembersih
  • Aktif bersukan
  • Memberi perhatian yang penuh
  • Gagah
  • Lucu

Dan macam-macam harapan yang diletakkan terlalu tinggi pada pasangan. Sememangnya setiap lelaki perlu mempersiapkan diri apabila bercinta, kerana apabila wanita meminta perhatian daripada pasangannya, adalah dengan boleh melakukan pelbagai perkara. Ingin bermanja.

Namun sedemikian, apabila terlalu mengharapkan sesuatu di luar jangkaan, pasti diri kita sendiri mudah kecewa kerana manusia ini tidak sempurna. Tidak sempurna untuk melakukan segala perkara dengan menutup mata. Setiap perkara di atas muka bumi ini hanyalah sementara termasuklah manusia.

Adakah kita boleh mengharapkan pasangan sentiasa cantik dan kacak? Adakah kita boleh mengharapkan pasangan sentiasa muda? Padahal pokok yang ditanam juga boleh berubah dan akhirnya mati kerana tidak dijaga, inikan pula manusia.

Janganlah meletakkan harapan yang tinggi pada manusia, tetapi berharaplah pada Ilahi.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,688 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen