“Suami Orang Ini Lebih Memikat Hati,” Jom Ketahui Sebabnya.

 

Wanita-wanita masa kini dikatakan lebih memilih seorang lelaki yang berstatus suami orang berbanding memilih lelaki bujang untuk dijadikan suami mereka. Hal ini kerana, mereka merasakan bahawa lelaki yang sudah berkahwin ini mempunyai pelbagai tarikan selain daripada keadaan ekonominya. Para wanita akan lebih mudah terpikat melihat suami yang telah menjadi seorang ayah serta menguruskan anak-anak mereka. Mari kita cari tahu sebab apa lelaki yang sudah berkahwin ini lebih diminati berbanding lelaki bujang.



1. Kewangan lelaki tersebut dikatakan lebih kukuh.

Jika dia sudah berkahwin, ia bermakna bahawa dia stabil dari segi kewangan dan bersedia menanggung keperluan keluarga. Bayangkan, lelaki seperti ini mesti bertanggungjawab. Rata-rata wanita merasakan lelaki seperti ini adalah calon suami yang bersesuaian berbanding lelaki bujang yang masih tercari-cari pekerjaan yang tetap.

2. Tahu menjaga hati wanita.

Lelaki yang sudah berkahwin tidak akan berasa janggal apabila berurusan dengan wanita mahupun kanak-kanak. Dia akan memahami sikap dan tabiat pasangannya dengan baik. Bahkan mereka ini juga dikatakan sangat mengambil berat serta seorang yang penyayang. Hal ini kerana, wanita sememangnya selalu ingin rasa disayangi serta diperhatikan.

3. Penampilan kelihatan lebih kemas.

Biasanya lelaki yang sudah berkahwin ini lebih pandai menjaga diri mereka dan kelihatan lebih kemas. Mungkin kerana dia sudah berada dalam keadaan yang stabil dan dia mempunyai seorang wanita yang membantunya menjaga dirinya. Mana tiadaknya, seorang isteri ini sentiasa akan menyiapkan segala pakaian suaminya dengan membasuh serta menggosokkan baju suaminya. Jadi sudah tentu lah mereka ini kelihatan kemas.



4. Pandai berkata-kata.

Mereka ini mempunyai pengalaman memikat isteri mereka, jadi tidak ada masalah buat mereka untuk memikat wanita lain. Jadi jika ia memberikan satu pujian, ia akan selitkan sedikir keikhlasan, wanita mana yang tidak cair dengan kata-kata manis lelaki. Terutama wanita ini sememangnya sukakan pujian.

5. Sentiasa berhati-hati dengan tindakannya.

Sikap ini mencerminkan kematangan dan rasa tanggungjawab seorang lelaki. Lelaki yang sudah berkahwin biasanya selalu berfikir seribu kali sebelum melakukan sesuatu perkara yang mungkin memudaratkan dirinya. Dia selalu ambil tahu akibat perbuatan yang bakal dirinya lakukan. Berlainan pula dengan lelaki bujang yang dikatakan lebih terburu-buru dalam membuat keputusan.

Kesimpulannya, suami orang dan hak miliki orang sememangnya kelihatan baik di mata orang yang tidak milikinya. Cuba kalau ia menjadi suami dan pasangan sendiri, ia pasti kelihatan banyak kelemahan serta kekuranganya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,446 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen