6 Cara Untuk Beramah Mesra Dengan Ibu Mertua Bagi Mereka Yang Baru Berumah Tangga.

 

Bagi sesetengah orang, perkara yang paling menakutkan apabila berkenalan dengan seseorang dan melangkah ke alam rumah tangga adalah untuk berbuat baik dengan ibu mertua. Tidak kira lelaki dan wanita, pasti akan ada perasaan sebegini. Terlalu gementar dan gemuruh untuk menjadi lebih rapat dengan ibu mertua.

Sudah pasti hati meronta-ronta ingin tahu, bagaimana orang lain boleh menjadi terlalu rapat dengan ibu mertua mereka? Jom kita lihat caranya…

1. Melalui telefon.

Whatsapp kan ada? Jika terlalu kekok untuk membuat panggilan, whatsapp sahaja ibu mertua anda dan bertanya khabar. Mereka juga telah menjadi salah seorang dalam ahli keluarga anda, kan? Tidak perlu takut, mereka bukannya singa yang boleh makan diri anda. Jika nak menghubungi atau whatsapp ibu mertua pastikan pada masa yang sesuai dan santai, seperti waktu makan tengah hari atau petang.

2. Melalui tarikh penting.

Apabila sudah tidak gementar menghubungi ibu mertua melalui telefon bimbit, ingatlah pula tarikh penting mereka terutamanya hari jadi. Sejak perkenalan dengan anaknya sudah tentu anda tahu tarikh hari jadinya bukan, jadi save tarikh tersebut. Dan ucaplah pada hari tersebut. Jika mampu tak salah untuk memberi mereka hadiah.

3. Pergi membeli belah bersama.

Jika sudah biasa bertanya khabar dan membuat panggilan, berjumpalah dengan ibu mertua untuk mengeratkan lagi hubungan. Bersentuhan dengan tangannya supaya ibu mertua dapat merasa keikhlasan diri anda seperti sering pegang tangannya apabila keluar membeli belah bersama. Malah, melalui aktiviti ini, anda akan mula tahu citarasa ibu mertua.

4. Mula berbual.

Apabila sudah boleh pergi membeli belah bersama, mustahil anda tidak boleh berbual mengenai beberapa isu dengan ibu mertua. Apabila berehat dan makan bersama, buka topik am untuk dibualkan. Jangan topik yang sensitif pula, melalui perbuatan anda tersebut pasti ibu mertua tahu sikap anda yang sebenar, walaupun anda tiada niat untuk menyakiti mana-mana pihak. Perasaan dan hati orang tua ni jangan main-main!

5. Membuat kejutan.

Seperti anda sebagai seorang wanita, ibu mertua juga suka pada kejutan. Memang lumrah kaum wanita suka pada kejutan. Jadi, kadang-kala lawatlah keluarga mertua anda di rumah. Ajaklah pasangan untuk melawat mereka, dan jika boleh masaklah makanan kegemaran untuknya, pasti ibu mertua bertambah sayang.

6. Melalui pasangan.

Sebelum anda berkenalan dengan ibu mertua anda, sudah tentu anda berkenalan dengan anaknya. Jadi, setiap sikap anda pasti akan diceritakan oleh pasangan pada ibunya. Daripada perbualan anaknya tersebut, ibu mertua kadang-kala dapat tahu anda ini orangnya macam mana? Okay atau tidak peribadi anda? Persepsi orang tua ini penting kerana mereka mesti mahu tahu siapa yang akan berdamping dengan anaknya kelak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,184 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen