7 Idea Hadiah Untuk Ibu/bapa Mentua.

 

Anda rasa macam mahu belikan sesuatu untuk ibu/ibu mentua anda tapi kebuntuan idea? Kami ada 7 cadangan untuk anda.



1. GPS.

Ibu-ibu zaman sekarang ini ramai yang memandu, terutamanya yang memang berdikari. Namun, kalau golongan muda yang lebih selesa menggunakan aplikasi telefon seperti Waze dan sebagainya, ada antara golongan ibu-ibu masih skeptikal dengan cara ini. Jadi, untuk membantu mereka, anda boleh belikan mereka GPS. Setkan 'favourite' untuk rumah anda dan tempat-tempat yang ibu anda suka tapi tak tahu jalan untuk ke sana - contohnya, shopping malls.

2. Set minyak wangi.

Ibu-ibu tidak kiralah umur berapa pun, mereka suka wangi-wangi dan cantik-cantik. Jadi, set minyak wangi yang selalunya datang bersama losyen badan sesuai untuk mereka. Tak kiralah jika ibu anda selalunya tak keluar rumah pun. Bagi ibu anda rasa cantik dan wangi walaupun di rumah. Bersedia juga dengan dialog ini,"Mak dah tua dah mak tak pakai ni. Kamu ambillah." Jangan. Ambil. Balik.



3. Instant tudung premium.

Lapisan wanita yang lebih muda mungkin sukakan selendang premium yang boleh digayakan mengikut kreativiti mereka. Golongan ibu-ibu pula rata-ratanya lebih gemarkan sesuatu yang ringkas dan mudah. Jika perlu dililit pun mungkin, hanya satu kali lilitan. Jadi, instant tudung adalah pilihan yang agak bagus untuk mereka. Memandangkan ini adalah hadiah, tidak salahnya anda belikan yang sedikit mahal daripada biasa. Selalunya tudung sebegini disertakan kotak dan kainnya juga lebih berkualiti.

4. Handbag.

Cara paling mudah membeli hadiah untuk mana-mana wanita adalah dengan memberinya handbag. Tapi anda cuba tanya-tanya sedikit gaya yang disukai ibu anda. Ada yang tidak sukakan corak monogram, ada yang lebih sukakan beg yang bersaiz sederhana dan sebagainya.

5. Telekung.

Ada golongan ibu-ibu yang suka mengumpul telekung dan ada yang juga yang sangat jarang membeli baru telekung mereka. Jika anda terjumpa telekung yang selesa, tidak panas dan menarik, anda boleh berikan kepada ibu anda.



6. Kain baju kurung.

Ibu-ibu sama ada gemar berbaju tradisional atau tidak, mereka selalunya ada koleksi baju kurung yang cantik-cantik untuk digayakan di kenduri atau pun ke tempat kerja. Tambahkan lagi koleksi ibu anda.

7. Barangan berkaitan hobi mereka.

Ibu anda suka baking? Belikanlah barangan baking. Ibu anda suka main boling? Belilah beg boling atau kasut boling. Ibu anda suka main badminton? Belilah raket. Ibu anda suka bermekap? Belilah set mekap. Apa-apa yang berkaitan dengan hobi ibu anda tentunya sesuai untuk dijadikan hadiah. Selain itu, jika anda membeli hadiah daripada kategori ini, ada macam sedikit hint yang anda prihatin dengan kesukaan ibu anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,262 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen