“Setiap Insan Itu Tidak Sempurna…” 5 Situasi Yang Anda Boleh Temui Kebaikan Dalam Diri Pasangan.

 

Apabila minda dan fikiran sering dibelenggu dengan aura negatif, sudah tentu setiap perkara adalah buruk sahaja bagi pandangan kita. Terutamanya dalam menerima seseorang menjadi pasangan sehidup semati, sudah tentu kita perlu melihat sisi baik dalam diri mereka juga.

Jika ada kekurangan, pasti ada kelebihan dan kebaikan yang tersembunyi. Orang luar mungkin sukar untuk melihat dengan mata kasar, oleh sebab itu hanya kita seorang dapat mencari kebaikan yang dilakukan oleh pasangan melalui 5 situasi berikut…

Situasi 1: Pasangan yang terlalu sibuk bekerja.

Pasangan anda boleh dikatakan workaholic. Bukan sahaja bekerja pada hari biasa, pada hari minggu juga mereka perlu mengerah tenaga. Anda berdua jarang bertemu malah jika whatsapp atau call hanya pada waktu malam sahaja. Itu pun sebelum tidur, beberapa minit penat dan terlelap.

Usah merajuk berpanjangan sekiranya pasangan anda adalah workaholic kerana disebalik kerja kerasnya, sudah pasti si dia sedaya upaya mencari duit lebih untuk berkahwin dengan anda. Atau untuk perbelanjaan yang lebih bagus untuk pasangannya sekiranya telah berkahwin. Si dia bukan berfoya-foya dengan perempuan lain, tetapi untuk anda juga satu hari nanti.

Situasi 2: Pasangan yang gemar berleter.

Setiap leteran pasti akan menjadi rimas pada semua orang. Bukan sahaja golongan wanita sahaja yang suka berleter, kaum lelaki juga tidak dinafikan. Apabila pasangan berleter, jangan terus meninggalkan si dia keseorangan kerana pasangan akan rasa tidak dihargai. Dan sudah pasti akan merajuk selepas itu.

Kita berleter pasti ada sebab, bukan? Berleter sebab sayang. Berleter sebab risau. Kita berleter sebab mahukan perhatian dan memberi perhatian pada orang yang kita sayang. Jika kita tidak berleter, ia bermaksud orang tersebut bukan lah orang yang istimewa dalam hati kita.

Situasi 3: Pasangan yang memiliki pekerjaan atau pelajaran yang lebih rendah.

Anda mempunyai kelayakan pekerjaan dan pelajaran yang lebih tinggi daripada pasangan. Namun jangan lah menganggap ia adalah satu kesalahan memiliki pasangan seperti ini, kerana setiap kekurangan dan kelemahan pasti ada kekuatannya tersendiri.

Jangan berasa malu dengan pasangan, malah berfikiran secara positif. Si dia yang tidak berkelayakan tinggi berkemungkinan besar bebas daripada hutang-hutang yang anda sering pening kepala, seperti hutang kereta, hutang rumah malah semua bill yang anda perlu bayar. Jadi, tidak usah kedua-dua pihak pening kepala untuk membayar hutang.

Situasi 4: Pasangan yang suka memberi soalan bertubi-tubi.

Sama juga seperti berleter, tetapi memberi persoalan pada setiap soalan dan tiada jawapan adalah lebih memeningkan kepala sebenarnya. “Pergi mana?” “Dengan siapa pula kali ni?” “Buat apa tu?” “Makan apa tu?” sesiapa sahaja pasti rimas dengan soalan sebegini.

Namun, soalan sebegini sebenarnya tanda si dia ‘caring’ terhadap anda. Tetapi jika sudah terlalu ekstrem, boleh sahaja anda menegur si dia dengan berhemah, kan?

Situasi 5: Pasangan berasa cemburu.

Cemburu tandanya sayang. Jangan terlalu marah pada pasangan, hanya kerana si dia mudah berasa cemburu. Jangan memandang sikap cemburu ini ke arah negatif. Pandanglah ia kea rah positif dimana si dia sebenarnya takut kehilangan anda. Takut jika anda hilang dari pandangannya.

Kalau tiada rasa cemburu, bukanlah tandanya sayang. Itu mungkin anda bukan ‘special’.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,087 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen