Jangan Bermimpi Untuk Berkahwin, Jika Anda Tidak Buang 6 Sifat Ini Dalam Diri Anda.

 

Setiap pasangan pasti teruja untuk menamatkan zaman bujang, dan tidak sabar untuk melayari bahtera bersama. Namun, disebalik kebahagiaan dan kegembiraan yang terpancar pada wajah, masih lagi terselit kejahilan tentang perkahwinan.

Pelajari ilmu ketika kursus perkahwinan tidak cukup untuk melayari bahtera selama bertahun-tahun, oleh kerana itu setiap pasangan perlu sentiasa belajar dan mengorek ilmu pada yang lebih berpengalaman supaya hubungan tidak mudah berantakan.

Jadi, jom ketahui sikap apa yang anda perlu buang dalam diri….

1. Ego.

Suami isteri untuk dicintai dan disayangi, bukannya untuk melempar ego diri. Jangan terlalu mengikut perasaan dan berlagak bagus pada pasangan. “Aku suami kau, kau sepatutnya kena ikut cakap aku…” dan jangan lah menganggap diri sudah terlalu pandai sehingga memerintah pasangan buat itu dan ini. Di dalam perkahwinan, anda dengan pasangan adalah satu pasukan dan perlu kerjasama antara satu sama lain. Buang ego anda!

2. Curiga.

Tidak salah untuk berasa cemburu pada pasangan, kerana cemburu itu tandanya sayang. Tetapi jika terlalu cemburu sehingga timbul rasa curiga pada pasangan, itu sudah menunjukkan hubungan yang tidak sihat. Kepercayaan yang ada dalam diri anda mula luntur, kerana kurangnya berkomunikasi.

Dan jangan lah lakukan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan curiga sehingga terbuka untuk fitnah pula. Suami isteri harus jaga hati masing-masing. Jagalah had pergaulan dengan berlainan jantina.

3. Tidak jujur.

Jangan biasakan diri dengan mengatakan ‘Tipu Sunat’ kerana perkara ini akan mempengaruhi minda anak-anak anda. Memang anda tidak nampak semasa anda masih lagi tidak memiliki anak. Tapi, sebagai muslim pasti anda percaya pada takdir, bukan?

Apa yang anda lakukan sekarang, tidak mustahil ia akan berlaku pada anak-anak anda juga, kerana ‘Bapak borek, anak rintik’. Adakah anda mahu melihat anak-anak sendiri berkelakuan teruk seperti ibu bapanya?

4. Penting diri.

Anda terlalu mementingkan diri sehingga mahukan pasangan sahaja yang memberikan kebahagiaan. “Kalau suami aku tak romantik, aku pun tak nak romantik, buat apa? Macam tepuk sebelah tangan je…” Jangan begitu. Kerana itu sebuah perkahwinan bukan hanya mengharapkan PERCINTAAN semata-mata, tetapi perlukan PENGORBANAN juga.

5. Degil.

Terlalu keras kepala dan tidak mahu bertolak ansur. Rumah tangga adalah tempat untuk suami isteri berlumba-lumba mengejar membuat kebaikan. Bertolak-ansur lah antara suami isteri walaupun tidak kena dengan prinsip dan cita rasa sendiri, kerana apabila kita tahu mengalah sudah tentu hubungan akan bahagia dan ceria. 

6. Malas.

Dan yang paling penting adalah jangan pula sebelum berkahwin anda sudah memikirkan “Tak sabarnya nak kahwin, nanti isteri boleh masak, basuh baju, lipat, kemas rumah…” Jadi, apa pula peranan anda sebagai suami? Dan mana janji-janji anda ketika di awal perkenalan susah senang bersama? Atau Bermalas-malasan di rumah?



 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,164 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen