“Teman Wanita Terlalu Cerewet…” Jom Lihat Antara Sebab Wanita Yang Cerewet Boleh Jadi Pasangan Yang Baik.

 

Jika berkenaan dengan jodoh, wanita atau lelaki cerewet bermaksud terlalu memilih seseorang untuk dijadikan pasangan. Tetapi secara dasarnya, cerewet ini adalah seperti semua perkara yang anda lakukan perlu sempurna.

Sebagai contoh cerewet tentang kebersihan, cerewet tentang menepati masa, cerewet tentang makanan atau minuman, malah ada juga wanita yang terlalu cerewet dengan penggayaan warna tudung dengan baju yang mereka pakai.

Jom lihat antara sebab wanita yang cerewet amat sesuai untuk dijadikan pasangan, dan jika boleh jangan lah lepaskan mereka…

1. Tanda wanita itu memberikan perhatian yang secukupnya.

Wanita yang cerewet pasti akan melihat dan memberi perhatian daripada sekecil kuman sehingga lah sebesar gajah. Semua perkara perlu lah diberi perhatian, kerana sikap mereka yang cerewet. Ada sahaja yang rimas dengan sikap sebegini, namun jika lelaki memiliki pasangan sebegini, jangan khuatir kerana mereka hanya terlalu ‘caring’ terhadap anda.

Jika benar si dia menyayangi anda, sudah tentu wanita ini memberi perhatian. Jika mereka senyap, tandanya anda bukan lah special bagi mereka.

2. Tanda wanita itu benar-benar mencintai pasangannya.

Apabila telah memberi perhatian yang secukupnya, sudah pasti itu tandanya wanita ini amat menyayangi anda, malah mencintai anda dengan sepenuh hati. Bukanlah terlalu cerewet sehingga mahu mengawal dan mengongkong diri anda, cuma mereka hanya mahu berhati-hati sahaja.

“Keluar dengan kawan yang mana ni? Make sure jangan selalu keluar sangat dengan (nama kawan) tu…dah la suka hisap rokok”

3. Tanda wanita itu boleh menceritakan segala isu.

Seperti yang anda ketahui wanita cerewet ini kadang-kala merimaskan, tetapi cuba anda lihat topik yang mereka sering bualkan. Kadang-kala topik yang mereka cuba bualkan agak menarik sehingga anda tidak tahu bagaimana si dia tahu dengan kisah sebegitu.

Ini kerana, sikap cerewet mereka kadang-kala membuatkan diri mereka tertanya-tanya, bagaimanakah ia terjadi? Dimana? Siapa yang melakukan? Sehingga dapat explore kisah tersebut pada tahap yang anda tidak dapat bayangkan.

4. Tanda wanita itu mempunyai golongan sahabat yang berkualiti.

Apabila seorang wanita itu mempunyai segala isu yang boleh dibualkan, lihatlah pula golongan rakan dan sahabatnya pula bagaimana. Wanita cerewet ini sudah semestinya memilih dan memiliki golongan kawan yang sama seperti dengan dirinya. Boleh dikatakan sahabat-sahabat mereka ini semuanya  yang berkualiti dan BUKAN ‘Tin Kosong’. Jangan main-main.

Malah, anda juga tidak lah terlalu khuatir jika si dia berkawan dengan golongan yang tidak berkualiti, tidak elok atau tidak senonoh sikapnya.

5. Tanda wanita itu sedaya-upaya untuk memperbaiki kekurangan.

Wanita ini tidak suka pada ‘kekurangan’ diri anda, namun bukan lah dia terus meninggalkan anda. Seperti melihat meja kotor berselerak dengan pinggan mangkuk yang kotor, malah dengan sisa makanan, pasti wanita ini sedaya upaya membersihkan kotoran di atas meja tersebut. Begitu juga dengan diri anda yang serba kekurangan dan memiliki kelemahan.

Jika meja yang kotor, mampu dibersihkan malah diletak alas meja yang cantik dengan deko yang menarik hati, pasti diri anda juga si dia akan sedaya upaya membantu memperbaiki diri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,516 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen