Lelaki Dikatakan Lebih Cepat Bosan Dalam Perhubungan? Apa Puncanya?

 

Setiap orang yang terlibat dalam perhubungan ini sudah pasti akan mudah untuk berasa takut sekiranya pasangannya bosan terhadap dirinya. Biasanya wanita akan alami perkara ini sehinggakan dirinya sentiasa berlebihan untuk memikat hati pasangannya. Hal ini kerana, rata-rata menyatakan bahawa lelaki adalah lebih cepat bosan dalam perhubungan berbanding wanita. Namun begitu, mengapa lelaki cepat berubah angin? Mari cari tahu puncanya.



1. Pasangannya tidak memberikan perhatian kepadanya.

Apabila bercinta ini, sudah tentu lah anda mahupun pasangan kerap kali inginkan perhatian antara satu sama lain. Jadi jika anda kurang memberinya perhatian dan lebih suka mengabaikannya dengan anggapan bahawa dirinya lebih menyayangi anda, itu adalah satu tindakan yang salah. Dirinya juga inginkan perhatian daripada anda. Dia juga ingin rasa dimanja dan dibelai walaupun kadang kala dirinya kelihatan sedikit ego.

2. Pasangannya menyekat setiap perkara yang dilakukan.

Orang lelaki ini biasanya lebih memilih pasangan yang memberi sokongan kepadanya. Bukannya pasangannya yang menyekat serta menghalang apa yang dirinya lakukan. Bahkan, apabila anda mula menyekat pergaualan dirinya dan rakan-rakannya, ia akan membuat dirinya diremehkan oleh rakan-rakannya. Jadi di situ, anda membuat dirinya kelihatan lemah, walaupun pada hakikatnya dirinya lakukan itu kerana sayang akan anda. Jadi anda seharusnya bertindak sebagai penyokong bukan penentang pasangan anda.

3. Takut akan komitmen.

Sudah menjadi kebiasaan lelaki bahawa mereka ini takut akan komitmen dalam perhubungan. Hal ini kerana, mereka merasakan bahawa mereka ini belum bersedia untuk satu perkara yang serius. Mana tidaknya, jika mempunyai komitmen, segala perkara yang dirinya suka lakukan akan terbatas. Sebab itu lah dirinya mula berubah tingkah laku apabila mereka mendapati anda semakin serius terhadap mereka.


4. Pasangannya membosankan.

Baik lelaki atau wanita pasti akan mudah berasa bosan sekiranya pasangannya ini tidak menarik serta memikat hatinya. Boleh jadi kelakuan pasangannya itu tidak seperti yang lain. Mungkin tidak manja dan sentiasa serius sahaja boleh menyebabkan seseorang itu mudah berasa bosan. Jika pasangannya itu seorang yang menyeronokkan, menyenangkan serta memberi perhatian kepadanya sudah pasti ia sukar untuk berasa bosan.

5. Pasangan lebih mementingkan diri.

Siapa sahaja yang tidak bosan jika miliki pasangan seperti ini. Ia seolah-olah segala kemahuannya perlu dituruti tetapi kemahuan pasangannya diabaikan. Dalam perhubungan segala-galanya harus seimbang dan tidak boleh lebih sedikit. Sebagai contoh jika sebalah pihak sahaja yang mengalah sudah pasti lah ia akan membuat seseorang lagi makan hati.

Kesimpulannya, ia bukan berpunca kerana lelaki tersebut tetapi ia berpunca kepada bagaimana kalian mengendalikan suasana perhubungan tersebut. Jadi jangan hanya salahkan orang lelaki sahaja, sedangkan diri kita juga salah sebenarnya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen