Bercinta Bermakna Anda Perlu Bersedia Untuk Dicintai Dan Dilukai.

 

Setiap perkara di atas muka bumi ini, sudah tentu akan diuji oleh Ilahi. Setiap manusia tidak akan terlepas dengan ujian dari-Nya. Begitu juga dengan pasangan bercinta, mereka juga pasti akan diuji. Sama ada di awal perkenalan, pertunangan malah ketika perkahwinan.

Setiap percintaan, pasti adanya hati yang terluka. Ingin dicintai tetapi cinta yang tidak terbalas. Namun, atas semua dugaan dan ujian, pasti akan ada kebahagiaan. Allah itu tidak kejam, kerana setiap cabaran yang kita harungi sudah pasti mengikut kemampuan diri. Allah tidak akan menguji hamba-Nya diluar kawalan seseorang manusia.

Jika tabah seseorang itu, maka ujiannya juga mengikut ketabahan diri mereka.

Jangan terlalu takut untuk bercinta, kerana Allah SWT mengikut sangkaan hamba-Nya seperti Dia telah berfirman;

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al Baqarah : 186)

Kita ni kalau buat kerja apa sekalipun buat yang terbaik. Minta apa yang kita mahu dan perlu. Allah mengikut sangkaan hamba-Nya. Insya Allah.

DALAM PERCINTAAN TIDAK SELAMANYA BAHAGIA SAHAJA.

Oleh kerana itu, persiapkan diri kita. Ketika bersendirian berdoalah kita pada Ilahi supaya dapat menghindarkan diri dari perkara yang akan menjerumus diri ke lembah dosa.

Memang benar, amat manis sekali ketika di awal percintaan, semuanya 'sweet' sehingga memotong kaki. Orang yang memandang pun, tidak henti-henti memuji teman lelaki/teman wanita. Apatah lagi ketika di awal perkahwinan, semua aktiviti bersama suami/isteri mahu update di sosial media. Sehingga orang sekeliling mahu muntah melihatnya.

Mereka yang single, kita tidak tahu perasaannya. Menumpang bahagia, atau berkata belakang. Tetapi berhati-hati jika ada yang mempunyai hasad dengki dan busuk hati. Takut anda akan dilukai.

KETIKA BUJANG BERCINTALAH DENGAN ILAHI.

Ada sebab mengapa anda masih bujang atau terlalu takut untuk bercinta. Disebalik perasaan dan hati menyelubungi diri, kita sebenarnya terhindar dari...

Zina mata dan zina hati….

Sering belenggu perasaan dengan pasangan…

Perasaan bimbang jika kekasih hati berubah hati….

Sebab itulah, Allah memberikan masa untuk anda bersendirian dan berdikari menempuh ranjau kehidupan ini. Kita hanya mampu merancang kehidupan ini, tetapi jangan lupa bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang.

Jika Allah memakbulkan doamu, itu tandanya sayangnya Allah kepadamu…

Jika Allah belum memakbulkan doamu, itu tandanya ujian Allah buatmu…

Jika Allah tidak memakbulkan doamu, itu tandanya perancangan Allah lebih baik untuk masa depanmu….

Oleh itu, tidak perlu risau mengenai lambatnya bertemu dengan jodoh pada mereka yang masih bujang. Bila tiba dan waktu yang sesuai, anda pasti akan bertemunya.

“Mungkin Allah sedang melatih aku supaya benar-benar bersedia menghadapi cabaran apabila tiba hari bahagia itu. Allah tahu aku belum bersedia..”

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,896 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen