“Lelaki Lebih Pendek Umur Berbanding Wanita…” Jika Anda Benar-Benar Sayang Pada Pasangan Anda, Jom Lakukan 5 Perkara Ini.

 

Menurut kajian, lelaki memiliki jangka hayat hidup yang kurang berbanding dengan kaum wanita. Perkara sebegini terjadi apabila sebahagian daripada mereka telah berkahwin, dan tertekan dengan kehidupan rumah tangga.

Kelihatan zaman sekarang, majoriti wanita memang mudah murung setelah berumah tangga, TETAPI kemurungan tersebut mudah disalurkan melalui pelbagai kaedah seperti meluahkan perasaan, shopping, makan makanan manis dan menangis. Namun kaedah ini tidak mudah dilakukan oleh golongan lelaki terutamanya menangis, kerana mereka tidak mahu kelihatan LEMAH dikhalayak orang ramai termasuk IBU sendiri. Oleh sebab itu, mereka rasa lebih selamat jika hanya memendam perasaan sahaja.



Ketika wanita menghadapi masalah rumah tangga, mereka mudah meluahkan perasaan pada sahabat, ahli keluarga, pakar kaunselor atau kaedah yang lebih mudah adalah MEROYAN di sosial media. Walaupun hatinya masih tidak berpuas hati pada suami, namun ia adalah kaedah yang effektif supaya hatinya tidak mudah menyimpan dendam.

Manakala lelaki pula, apabila menghadapi masalah, seperti yang kita tahu, mereka lebih suka MEMENDAM dan berdiam diri sahaja. Ataupun mereka hanya akan MEROKOK seolah-olah untuk melepaskan tekanan. Dengan melalui perbezaan ini, sudah kelihatan cara lelaki dan wanita melepaskan tekanan amat berbeza, dan kaedahnya lebih memudaratkan kesihatan dimana lelaki lebih cenderung untuk pendek umur berbanding wanita.

Jika anda kaum wanita memang benar menyayangi suami anda dan tidak mahu melihat suami ‘mati cepat’, lakukan 5 perkara mudah ini…

1. Ciptakan persekitaran rumah yang tenang.

Jika isteri mahu suami yang boleh memahami hati mereka, suami juga mahukan isteri yang pandai tenangkan hati mereka. Oleh itu, apabila kedua-dua suami isteri bekerja, HENTIKAN MENGELUH apabila melihat rumah yang bersepah. Jangan mengemas rumah sambil MULUT MENGOMEL DAN MERUNGUT tidak henti-henti kerana ia sebenarnya menambah stress pada diri suami, malah untuk diri sendiri juga.

“Bang, jom kemas rumah sama-sama, nanti kita masak sama-sama eh…”

“Abang tolong kemas rumah, nanti saya masak makanan kegemaran abang…”



2. Jangan buat tidak tahu apabila pasangan mendiamkan diri.

Situasi begini kadang-kala merunsingkan kaum wanita kerana tidak tahu cara yang betul untuk menguruskan suaminya apabila terlihat mereka berdiam diri. Kebanyakan daripada kaum wanita juga turut mendiamkan diri malah menjauhkan diri kerana khuatir akan menambah api pada amarah suami. Tidak salah untuk ‘mematikan’ keadaan rumah sementara atau dipanggil ‘silent treatment’, tetapi jangan terlalu lama berlanjutan. Nak masuk tidur pun, macam tidur sebelah mayat.

Oleh itu, selepas beberapa minit ‘silent treatment’, buatkan suami air panas dengan biskut. Jika suami menolak, cuba makan depan mereka “Sedap, nak join tak?”

Ataupun, berceloteh sahaja seperti biasa. Berceloteh bermaksud mengutarakan isu semasa atau isu yang kelakar, bukannya mengungkit kesalahan suami pula. Wanita kena ingat, lelaki ni tak suka apabila melihat pasangannya berduka, jadi apabila melihat isterinya kembali bercoleteh, aura positif itu pasti akan masuk dalam tubuh badannya.

3. Sentiasa saling ingat-mengingati.

Jika suami anda adalah seorang yang suka merokok apabila mengalami tekanan, ingatkan pada pasangan tentang bahayanya merokok untuk kesihatan. Jika suami melenting tentang peringatan tersebut, lakukan kembali seperti point nombor 1 dan 2.



4. Elakkan pertengkaran dengan ibu mertua atau dengan ipar duai.

Setelah berkahwin, perkara yang amat ditakuti dan lelaki amat risau adalah apabila isterinya tidak boleh ‘Ngam’ dengan ibunya sendiri malah dengan adik-beradiknya. Amat memeningkan kepala lelaki apabila melihat kaum wanita ini sentiasa mencari gaduh dan sering mencari salah antara satu sama lain walaupun dalam ahli keluarga. Dirinya seperti tersepit, ‘nanti menangkan isteri, ibu pulak berkecil hati, kalau menangkan ahli keluarganya sendiri, isteri pula merajuk lari rumah mak’.

Wanita perlu tahu Ibu dan Isteri adalah sama penting bagi lelaki, jadi tidak mudah bagi mereka untuk menyelesaikan masalah keluarga ini. Jangan pula soal pada suami “Haaa..pilihlah, saya atau mak awak..”

5. Masak makanan yang sihat dan beriadah.

Dan yang paling penting, jagalah pasangan dengan masak makanan yang sihat TERUTAMANYA makanan yang tidak berminyak dan bergoreng. Kurangkan gula dalam masakan dan juga air. Kemudian ajaklah suami untuk berjalan-jalan di taman pada setiap hari minggu, jogging, main badminton atau berbasikal.

Jika anda berjaya mengekalkan kehidupan yang sihat ini, hubungan suami isteri juga kurang terjejas dek emosi dan tekanan yang tidak stabil. Jadi, dugaan berumah tangga ini adalah tidak semudah yang kita sangkakan. Pada mereka yang belum berkahwin, didiklah diri untuk pandai menenangkan keadaan dan mengawal emosi.  Dan ketahuilah, lelaki juga mudah tertekan sebenarnya.



 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 372,751 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen