Panduan Komunikasi Dalam Perhubungan Bagi Mengelakkan Pertengkaran dan Salah Faham.

 

Masalah komunikasi sering menjadi perkara pertama dalam berlakunya perpisahan di antara pasangan yang bercinta ini. Ramai yang tidak tahu serta memandang remeh terhadap kepentingan komunikasi dalam perhubungan. Sedikit salah dalam gaya, nada dan maksud yang ingin disampaikan kepada pasangan ia akan mendatangkan salah faham serta pertengkaran walaupun ia hanya melibatkan perkara yang kecil. Jom cari tahu, bagaimana komunikasi yang baik dalam perhubungan ini.



1. Mendengar baik.

Perkara permulaan yang anda perlu buat ialah mendengar dengan baik. Cuba untuk sediakan telinga buat pasangan anda. Tidak kira lah ketika ia sedang meluahkan masalah perhubungan kalian ataupun masalah dirinya. Cuba untuk menjadi pendengar yang baik kepada pasangan anda.

2. Jangan tinggi suara.

Apabila anda ingin membalas setiap katanya, elakkan menggunakan nada yang tinggi. Hal ini akan menimbulkan kejutan kepada pasangan anda lalu akan membuat dirinya marah. Nada memainkan peranan penting dalam komunikasi. Jika salah penggunaan nada pergaduhan akan terus sahaja akan berlaku.

3. Faham kedaannya.

Cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jangan sesekali membandingkan dirinya dengan segala masalah yang anda hadapi. Cuba untuk fahami tetapi jangan cuba untuk membuat andaian tersendiri. Itu hanya akan menimbulkan salah faham sahaja.


4. Bertanya.

Jika melihat dirinya tidak seperti selalu, cuba untu bertanya kepadanya. Jangan sesekali membuat andaian yang tersendiri. Setiap andaian itu akan timbulkan syak wasangka yang memudaratkan perhubungan kalian. Jadi ringankan mulut untuk bertanya.

5. Jangan ikutkan perasaan.

Jika ikutkan perasaan, anda mungkin akan rugi nanti. Mana tidaknya perasaan selalunya inginkan kepuasan, dan tidak menggunakan kewarasan. Jad ia hanya memudaratkan kalian walaupun, anda merasakan anda berada dipihak yang betul.

6. Gunakan pendekatan lain.

Jika pasangan anda tidak memahami apa yang anda sampaikan dan dirinya salah faham, cuba untuk lakukan satu pendekatan yang lain. Anda boleh ambil beberapa contoh untuk membuat dirinya faham. Jangan mengabaikan dirinya sekiranya dia tidak memahami apa yang anda sampaikan.

Jangan penah abaikan komunikasi dalam perhubungan. Apabila silap sahaja dalam komunikasi, pelbagai perkara boleh terjadi. Jadi ikuti enam cara ini agar komunikasi dalam perhubungan anda akan lebih jelas dan mengelakkan salah faham.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,853 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen