Petua Dan Amalan Yang Boleh Dilakukan Oleh Pasangan Supaya Rumah Tangga Berkekalan.

 

Di dalam perkahwinan lah, setiap pasangan harus menghormati dan menghargai antara satu sama lain. Janganlah pula semasa bercinta, bersungguh-sungguh menunjukkan perasaan sayang dan cinta, tetapi selepas berkahwin, seperti tawar hati.

Kepada yang telah berkahwin dan bakal berkahwin, amalkan petua ini dari perkongsian Dato' Fadzilah Kamsah…

1. Jika pasangan kurang sihat, berilah perhatian yang sewajarnya.

2. Isteri perlu tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah.

3. Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai oleh pasangan dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.

4. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

5. Isteri perlu lebihkan suami daripada anak-anak. Jangan terus tertumpu pada anak-anak sehingga lupa pada suami.

6. Beri layanan istimewa pada pasangan di hari-hari istimewa.

7. Rancang untuk pergi dating atau berbulan madu.

8. Hantar juga kad ucapan selamat pada hari-hari istimewa.

9. Rajin-rajinlah selalu untuk urut pasangan.

10. Untuk wanita, jika suami hanya mendiamkan diri bacakan berita yang menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.

11. Suami tolong bawakan barang-barang walaupun lihat isteri mampu membawanya semua.

12. Bila berbual, bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangan pasangan. Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu.

13. Salam, peluk dan cium pasangan sebelum pergi kerja.

14. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang telah dilakukan oleh pasangan.

15. Jika terlalu sibuk bekerja carilah masa untuk berdua-duaan.

16. Lakukan riadah bersama setiap minggu.

17. Jika kelapangan pada hari minggu pergi berkelah sekali-sekala.

18. Tidak jemu untuk doakan pasangan agar bahagia dunia akhirat.

19. Kadang-kala ajaklah pasangan untuk berjalan-jalan tanpa anak-anak.

20. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan dengan pasangan.

21. Buat kuih kegemaran suami sekali-sekala.

22. Lakukan ibadah bersama terutamanya solat Jemaah.

23. Cuba fahami suami anda jika dia membangkang atau enggan membantu.

24. Tunjukkan simpati dan tolong pasangan untuk mencari barang yang dia lupa dimana letaknya. Jangan membiarkan pasangan mencari seorang diri.

25. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.

26. Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukannya. Ini akan menyebabkan suami tawar hati.

27. Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu, tidak layak atau tidak berkebolehan.

Semoga Ia Memberi Manfaat Pada Kita Semua!

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,266 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen