Betul Ke Wanita Keras Kepala Punca Lambat Berkahwin?

 

Biasanya kita dengar wanita keras kepala ini adalah calon pilihan, tetapi bagaimana pula dengan keras kepala mereka itu menjadi punca mereka lambat bertemu jodoh. Bukan ke wanita yang keras kepala ini bagus kerana mereka ini mempunyai pendirian mereka yang tersendiri serta tidak mudah mendengar hasutan orang. Di sebalik kebaikannya, mungkin kita lupa terdapat beberapa perkara yang menjadi kelemahan dirinya. Jom ketahui mengapa wanita keras kepala ini lambat berkahwin.



1. Lebih mementingkan diri.

Siapa sahaja yang akan bertahan dengan sikap pentingkan diri ini. Ketika jalinkan hubungan sudah pasti lah perlu ada tolak ansurnya. Jika ia hanya lebih mementingkan dirinya sahaja, sudah pasti lah ia akan membuat pasangan lebih terasa dan makan hati. Lama kelamaan boleh jadi pasangan akan angkat kaki tinggalkan wanita seperti ini. Jika sikap keras kepala tetapi masih bertolak ansur pasti tidak ada masalah.

2. Memandang rendah terhadap pasangan.

Apabila mereka ini merasakan mereka sentiasa betul, mereka ini akan mula memandang rendah terhadap pasangan mereka. Mereka mula menolak segala pendapat pasangan. Bahkan mereka ini akan merendahkan pasangan. Hal ini kerana, mereka merasakan mereka lebih hebat berbanding pasangan mereka. Bukan itu sahaja, mereka merasakan mereka yang berkuasa dalam perhubungan tersebut.

3. Sukar menerima pandangan atau teguran.

Bakal menjadi seorang isteri perlu bersedia untuk menerima sebarang teguran yang akan membawa kebaikan kepada rumah tangga. Jika anda enggan mendengar serta mengikuti kata suami bagaimana, anda ingin menjadi seorang isteri yang baik. Anda seharusnya sentiasa berlapang dada menerima teguran, tidak kira lah dari pasangan atau orang sekeliling anda. Ia adalah satu perkara untuk membawa diri ke arah kebaikan.


4. Lebih sibuk dengan kerjaya.

Biasanya wanita yang keras kepala ini, mempunyai kerjaya yang tersendiri. Itu adalah menjadi salah satu sebab mengapa mereka ini lambat berkahwin. Mereka lebih mengutamakan kerjaya mereka dahulu berbanding mendirikan rumah tangga. Hal ini kerana, mereka merasakan bahawa mereka ini perlu mempunyai kerjaya sendiri dan tidak boleh bergantung harap pada pasangan mereka.

5. Tidak menjumpai pasangan yang boleh terima diri mereka.

Biasanya wanita yang keras kepala ini perlu seseorang yang boleh menerima diri mereka serta sabar dengan sikap mereka. Mana tidaknya jika sama-sama pentingkan diri, ia mungkin akan timbulkan suasana yang tegang. Jadi memilih pasangan yang bersesuaian dengan diri mereka ini menjadi salah satu punca mengapa mereka lambat berkahwin.

Kesimpulannya, bukan hanya sekadar sikap dan kelakuan mereka sahaja yang menyebabkan mereka ini lambat bertemu jodoh, tetapi lebih kepada mereka ini belum bertemu sesiapa yang sesuai untuk diri mereka ini.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,186 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen