Pasangan Abaikan Anda? Jangan Risau, Mungkin Dirinya Mengalami 5 Perkara Ini.

 

Apabila menjalinkan hubungan ini, sudah pasti lah setiap dari anda inginkan perhatian dari pasangan anda. Kalau boleh anda mahu pasangan anda itu berikan segala perhatian kepada anda tetapi, anda akan mudah terasa hati jika pasanga anda sudah mula mengabaikan anda. Dan tidak melayani anda seperti dahulu. Pasti kelakuannya yang seperti ini akan membuat anda merasakan pasangan anda itu mula berubah hati atau sudah mempunyai kekasih hati yang lain. Jadi, mari cari tahu sebab apa pasangan anda abaikan anda.



1. Dia marah akan anda.

Cuba lihat kembali kelakuan anda. Ada atau tidak perkara yang anda lakukan itu membuat dirinya marah akan anda. Biasa lah kalau pasangan anda marah, sudah tentu lah dirinya itu akan terasa malas melayani anda atau pun suka mengabaikan anda. Biasanya mereka mengabaikan anda ini sudah tentu lah bersebab bukan suka-suka sahaja. Cuba anda meminta maaf terlebih dahulu untuk menjernihkan suasana yang tegang itu.

2. Dia mempunyai masalah yang tersendiri.

Apabila seseorang menghadapi masalah, tidak mustahil dirinya akan kehilangan mood yang baik untuk melayani semua orang. Dirinya perlukan masa untuk bersendiri serta ingin memikirkan jalan penyelesaian masalahnya. Jadi, apa kata anda cuba bertanya apa masalah yang dihadapi dan cuba untuk menjadi pendengar dirinya. Jangan hanya anda sahaja inginkan perhatian, dia juga mahu seperti anda.

3. Dia sudah rasa tidak selesa dengan anda.

Jika seseorang tiba-tiba berubah secara tiba-tiba mungkin ada satu hal yang berlaku dalam perhubungan kalian. Cuba anda cari tahu apa yang menyebabkan dirinya sebegitu. Ketika hal seperti ini, kalian perlu berjumpa dan bersemuka untuk selesaikan masalah. Jangan cuba bincangkan melalui telefon bimbit, ia mungkin boleh timbulkan salah faham.


4. Dia sudah mula bosan dengan anda.

Bila sudah bosan dengan segala karenah dan kelakuan anda, dirinya sudah pasti mula menjauhkan diri serta mengabaikan anda. Jika perkara seperti ini berlaku, anda harus bijak menanganinya. Jangan biarkan perkara seperti ini berlarutan. Anda harus bijak mengambil hatinya semula. Cuba lakukan perkara-perkara di awal perkenalan anda.

5. Seseorang sedang cuba menggantikan anda.

Anda tidak akan tahu sekiranya seseorang mungkin akan cuba mendekati pasangan anda. Seseorang yang bertindak untuk memahaminya lebih dari anda serta cuba melayani segala karenahnya. Tetapi jika perkara ini, anda perlu bukti terlebih dahulu. Jangan pernah membuat serangan tanpa ada satu bukit yang kukuh.

Jangan terlalu kalut apabila pasangan anda mula abaikan anda, mungkin dirinya mempunyai sebab tersendiri. Tidak kira lah sebab itu datang dari anda atau dirinya. Tetapi yang penting, anda tidak boleh marah secara tiba-tiba tetapi perlu bijak menangani masalah ini.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,083 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen