Orang Lelaki Akan Risau 5 Perkara Ini Disaat Pertemuan Yang Pertama. Jom Ketahuinya.

 

Apabila melibatkan pertemuan pertama ini, sudah pasti ia akan menimbulkan kerisauan dan kebimbangan kedua-dua pihak. Baik lelaki atau wanita pasti akan rasa sedikit tertekan akan pertemuan seperti ini. Mana tidaknya, masing-masing akan menunjukkan penampilan pertama serta kelakuan antara satu sama lain. Sudah pasti lah ia akan kelihatan sedikit kekok dan tidak selesa. Jom ketahui apa yang mereka risaukan ini.



1. Penampilan mereka.

Yang pertama sudah pasti lah ia melibatkan penampilan. Hal ini kerana, ia adalah perkara pertama yang akan dilihat. Jadi sudah pasti mereka akan bimbang sekiranya, penampilan mereka ini tidak sesuai atau tidak disukai oleh pasangan mereka. Jadi di dalam perbualan, anda seharusnya meletakkan sedikit hint yang anda suka lelaki berpenampilan yang bagaimana.

2. Risau jika anda akan lebih tinggi darinya.


Buat lelaki yang tidak berapa nak tinggi, mereka akan risau jika wanita dihadapannya itu akan mengenakan kasut tumit tinggi. Hal ini kerana, ia akan membuatkan lelaki terbabit kelihatan lebih rendah. Jadi, untuk pertemuan pertama adalah lebih baik untuk elakkan berkasut tumit tinggi.

3. Kelakuan diri anda.


Setiap lelaki pasti mempunyai ciri yang mereka idamkan. Ada yang meminati wanita bersikap manja atau wanita yang bersikap serius. Jadi sikap anda ini akan menentukan layanan yang bakal diberikan olehnya. Jika anda seorang yang serius dan sombong, sudah pasti lah ia akan menimbulkan rasa kekok dirinya. Jadi adalah lebih baik anda bersikap peramah dan mesra dengan dirinya.


4. Apa yang mereka boleh tanya mengenai kehidupan anda.

Walaupun telah berkenalan di media sosial ataupun di laman bertemu jodoh, kadang kala ia rasa tidak cukup dan seperti tidak begitu nyata apa anda lakukan dalam hidup anda. Jadi apabila berhadapan ini sudah pasti lah dirinya mahu bertanya pelbagai soalan mengenai anda. Tetapi mereka ini risau jika ada soalan yang bakal menyinggung hati anda. Nanti tiada lah pertemuan yang kedua.

5. Apakah anda selesa dengan dirinya.

Pada pertemuan pertama ini, lelaki biasanya mengharapkan sesuatu yang pantas. Sebagai contoh keselesaan anda dan dirinya untuk berbual serta menyuarakan sesuatu perkara. Jika rasa tidak selesa anda bersamanya sudah pasti ia akan menimbulkan suasana yang agak kekok dan tegang. Mana tidaknya jika salah seorang ini rasa tidak selesa sudah pasti pertemuan itu akan berakhir dengan satu yang sangat tidak selesa.

Jadi sebelum anda ingin bertemu dengan dirinya, pastikan anda memberinya sedikit hint mengenai kelakuan anda serta bagaimana anda akan berpenampilan nanti. Baru lah dirinya boleh bersedia untuk menyedikan apa yang bersesuaian dengan anda.


 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,718 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen