Suami Yang Baik Bukan Sahaja Menjadi Idaman Wanita, Malah Mempunyai 8 Ciri-Ciri Ini. Nombor 8, Pasti Ramai Wanita Suka!

 

Setiap wanita pasti mahukan lelaki yang baik menjadi suami mereka kelak. Jika ditanya pandangan wanita, mereka sudah pasti mahukan lelaki yang menjadi penyejuk hati, bukannya mudah melempiaskan marah, panas baran dan kaki pukul.

Jom ketahui 8 ciri-ciri tersebut…

1. Tidak kedekut.

Suami yang tidak kedekut bukanlah suami yang sanggup dan perlu berhabis wang ringgit semata-mata untuk menggembirakan isterinya, tetapi tahu menggembirakan hati isteri mengikut kemampuan masing-masing. Walaupun bergaji kecil, si suami tahu untuk membuat isterinya tersenyum dan bersyukur kerana bagi lelaki ini rezeki akan bertambah sekiranya pandai menggembirakan hati isteri.

2. Menyokong isteri.

Khususnya terjadi apabila berlaku pergaduhan dengan ipar duai atau dalam keluarga. Jika isteri di tempat yang benar atau ada pihak cuba menyalahkan isteri, si suami tidak cepat melatah. Malah lebih bersikap rasional dalam menyelesaikan masalah, dan sentiasa menyokong isteri jika ada apa-apa yang berlaku. Bukannya terus hentam isteri sahaja, kerana ahli keluarga sendiri lebih penting.



3. Pandai memasak.

Kadang-kala si isteri juga mahu merasa masakan suami. Tunjuklah skill memasak di depan isteri supaya isteri tahu untuk merasa kagum dengan suami sendiri. Selain daripada itu, dapat juga menyumbang hidangan masakan sendiri.

4. Pandai menghargai isteri.

Suami yang menghargai isteri ialah suami dambaan isteri. Misalnya anda memberikan hadiah kala hari jadi, meraikan isteri kala isteri naik pangkat. Penghargaan bukan hanya kala gembira. Namun kala isteri berduka, suami turut perlu hargai isteri. Misalnya kala berat badannya naik mencanak ketika hamil. Jangan komen lebih-lebih sebaliknya hargai isteri anda seadanya.

5. Bersifat romantik.

Bagi lelaki menjadi romantik adalah salah satu tugas yang sukar dilakukan kerana persepsi mereka wanita ini mahu perhatian sentiasa. Namun, jika mereka memberi perhatian yang secukupnya, pasti si isteri tidak merengek.



6. Ajak isteri solat berjemaah.

Ketika hendak bersolat, ajaklah isteri. Bukannya susah pun. Jadikan solat jemaah sebagai amalan di kediaman anda.

7. Bangga dengan isteri sendiri.

Jika si isteri bangga suaminya bekerjaya, mempunyai pendapatan dan kerja yang stabil, malah seorang yang rajin. Si suami juga perlu bangga sekiranya si isteri hanya suri rumah sahaja. Suri rumah adalah satu pekerjaan yang TIDAK PERNAH BERHENTI. Jangan perlekehkan dia dengan kata-kata 'dia tak buat apa pun'.

8. Ringan tulang.

Suami dikatakan meringankan beban isteri apabila tahu menolong membuat kerja rumah. Ini termasuklah menjaga anak. Ini semua berkaitan dengan kepekaan suami itu sendiri. Apabila melihat isteri sibuk di rumah, pandai-pandailah bantu mana yang patut.

Jika berkemampuan, sediakan peralatan yang memudahkan tugas isteri. Misalnya pressure cooker. Ini akan memudahkan isteri memasak dengan kadar lebih cepat. Alat pengering pakaian memudahkan isteri tidak perlu menjemur dan mengangkat pakaian. Selain itu, sediakan pembantu rumah. Ini jika anda mampu.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,999 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen