Lelaki Lebih Suka Jual Mahal? Ini 5 Sebab Mengapa Mereka Sebegitu.

 

Wanita mungkin akan lebih bersifat terbuka jika dirinya menyukai seseorang. Bahkan dia akan menunjukkan bahawa dirinya adalah pilihan yang terbaik. Berlainan pula dengan lelaki. Mereka ini dikatakan lebih menyimpan perasaan mereka serta kelihatan sedikit sombong apabila didekati wanita. Bahkan sikap mengendahkan seseorang yang menyukai dirinya akan kerap kali berlaku walaupun usaha yang terbaik penah diberikan oleh seorang wanita. Jadi, mengapa mereka berkelakuan seperti ini?



1. Dia mempunyai pilihan hatinya.

Mungkin anda melihat dirinya seolah-olah tidak mempunyai pasangan. Tetapi anda tidak tahu benar akan keadaan hatinya. Boleh jadi sahaja, dirinya telah mempunyai pilihan hatinya sendiri. Sama seperti anda, menyukai dirinya tetapi tidak berbalas. Bahkan dirinya sanggup menunggu pilihan hatinya sedar akan kehadiran dirinya. Ia seperti anda menanti dirinya tetapi dia menanti orang lain.

2. Belum bersedia untuk mendekati wanita.

Anda lelaki yang dirinya belum bersedia untuk jalinkan satu hubungan yang serius, maka dia lebih untuk hidup bebas tanpa pasangan berbanding mempermainkan hati perasaan wanita. Jadi sebab itu lah dia sedikit sombong dan jual mahal terhadap anda. Bagi dirinya, dia masih belum bersedia untuk menambah sebarang komitmen lain selain dari dirinya serta keluarganya.


3. Penah kecewa.

Lelaki yang anda sukai itu, kemungkinan masih berharap pada bekas kekasihnya. Ataupun dirinya masih lagi belum move on dari cinta lamanya. Sebab itu, dirinya tidak mahu melayani wanita lain kerana, dia masih belum mampu melupakan bekas kekasihnya. Bukan itu sahaja, dirinya juga masih tidak mampu membuka hati untuk orang lain.

4. Anda bukan cita rasanya.

Apabila kita menyukai seseorang, sudah pasti lah dia itu orang yang kita rasa sesuai dengan kita bahkan memenuhi cita rasa diri kita. Apabila dirinya tidak melayani anda dengan baik, walaupun tahu mengenai perasaan anda, itu bermakna anda masih lagi belum memenuhi cita rasa dirinya. Jika begini, adalah lebih baik anda mencari orang lain sahaja.

5. Dirinya sudah mempunyai pasangan.

Perkara yang paling tepat selalunya adalah mereka ini sudah mempunyai pasangan dan mereka setia terhadap pasangan mereka. Jadi sebab itu lah mereka tidak melayani anda. Bagi mereka, hati pasangan mereka adalah lebih penting untuk dijaga. Bahkan dirinya bukan seorang yang suka mempermainkan hati dan perasaan orang lain.

Lima sebab ini adalah mengapa anda selalu tidak diendahkan oleh seseorang yang anda minati. Jadi jangan terus berharap pada mereka yang tidak sudi. Adalah lebih baik mencari seseorang yang sanggup menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dan yang paling penting lebih menyayangi kita.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,925 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen