Bagaimana Mahu Menjadi Isteri Yang Sentiasa Disayangi Oleh Suami? Jom Ikuti Tips Ini.

 

Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Jadilah isteri idaman bagi setiap suami supaya sentiasa disayangi seperti…

1. Berdoa agar disayangi.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai).

3. Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

4. Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit.

5. Masak makanan kegemaran suami.

6. Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.

7. Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.

8. Minta bantuan sesuai pada masa, tempat dan jenis kerjanya.

9. Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap.

10. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.

11. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta-merta dengan ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.

12. Jika marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.

13. Jangan ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu.

14. Bila suami marah, jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang.

15. Bila meminta bantuan suami: Terangkan pada suami mengenai kerja rumah yang memerlukan bantuannya. Beri pilihan yang disukainya. Jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yang sesuai dan lemah-lembut.

16. Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jangan pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yang anda cuma risau.

17. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.

18. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

19. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

20. Telefon suami di tempat kerja hanya bila penting. Telefon dengan kerap jika suami suka.

21. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia pulang.

22. Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dengan orang lain.

23. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

24. Jangan menukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

25. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan.

26. Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri. Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya.

Semoga ia memberi manfaat pada wanita yang telah berkahwin, malah untuk wanita yang bakal berkahwin.



 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,893 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen