“Tak Hilang Macho Sekiranya Seorang Suami Menolong Isteri Melakukan Kerja Rumah…” Tegur Lelaki Ini.

 

Para suami sekalian,

Tahukah kita yang rutin menjaga anak, memasak, mengemas, mencuci dan banyak lagi tu adalah sangat-sangat menekan (stress) dan memenatkan? Cubalah kalau berani.

Tahukah kita yang para isteri sangat mengharapkan pertolongan bagi melaksanakan kerja-kerja rumah atau menjaga anak-anak walaupun cuma sekali seminggu?

Tahukah kita yang para isteri sebolehnya walaupun sekali, mereka nak si suami rasa bagaimana rutin 24 jam mereka dari subuh sehinggalah ke tengah malam. Penat ya amat.

Tahukah kita yang para isteri selalu mendambakan "me time" mereka? Sebolehnya mereka ingin bangun pagi dan keluar bagi mendapatkan "me time" tersebut dan suamilah yang melakukan segalanya di rumah.

Tahukah kita yang ada lelaki yang seumur hidupnya tidak pernah mencuci pinggan di sinki walaupun pinggan sendiri. Hanya tinggalkan di atas meja laksana seorang raja dari kecil hingga ke tua bangka?

Tahukah kita yang ada para suami yang seumur hidupnya tidak pernah sekalipun menukar lampin anaknya, bukan anak orang lain, dan bukan juga anak patung. Tetapi anak dari benihnya sendiri. Apatah lagi untuk melihat dan menyentuh najis. Mulia sangat gamaknya.

Tahukah kita yang ada para suami yang tidak pernah kenal mop ataupun penyapu? Katanya itu hanya kerja orang perempuan. Ibunya, adiknya atau isterinya dan juga pembantu rumahnya sahaja.

Tahukah kita yang ada para isteri rasa diperhambakan? Suami asyik keluar malam pergi teh tarik bersama kawan, isteri di rumah kelaparan sebab tak sempat makan.

Tahukah yang kita sering berkata Allah menjanjikan syurga buat isteri yang taat di dalam menguruskan rumahtangga. Habis rumah tangga sekarang ini neraka? Hanya isteri yang merasa siksanya dan kita bersenang dan bermewah sahaja?

Tahukah kita yang Rasulullah SAW (selawat) juga membantu isteri baginda di dalam hal rumahtangga? Baginda mengasihi dan membantu meringankan apa yang dibebani.

Tahukah kita yang sebenarnya isteri kita memendam rasa? Ada hati terluka apabila nampak kita bermalas-malasan menonton tv sedangkan dia bersusah payah melakukan segalanya?

Tahukah kita yang adalah tidak berdosa sama sekali jika kita membantu meringankan beban isteri di rumah? Tidak, tidak berdosa yer tuan-tuan sekalian.

Pastinya Allah mengasihi insan-insan yang memudahkan pekerjaan dan urusan insan-insan yang lain apatah lagi isteri sendiri.

Jeda.



Tuan-tuan para suami sekalian,

Menjadi suri rumah terutamanya yang sepenuh masa, apatah lagi yang punyai anak ramai adalah sangat memenatkan. Anda tidak boleh bayangkannya selagi mana anda sendiri tidak merasainya.

Sudah-sudahlah menjadi suami tipikal yang berlagak seperti raja. Balik kerja penatnya mengalahkan orang kerja angkut batu bata.

Kalau kita penat, isteri di rumah 100 kali ganda penatnya.

Kalau kita stress isteri di rumah 100 kali ganda lagi stressnya.

Saling bantu membantulah.

Tak hilang macho suami jika tolong basuh berak dan tukar lampin anak atau tolong vakum dan mop atau juga tolong sidaikan baju.

Jeda.

Pesanan buat kaum ibu, hentikanlah mendidik anak-anak lelaki anda untuk menjadi seorang tuan dan raja. Dah besar panjang pinggan sendiri pun tak angkat ke sinki sebab mak tak bagi.

Esok bila dah kahwin maka di pulak buat kat bini.

Pesanan buat para suami pula, ingat, kalau kau ada anak perempuan esok-esok dia pulak kena buli dengan laki macam kau buli bini kau sekarang.

Satu lagi, weekend nanti cuba kau izinkan isteri keluar berjoli. Kau cuba jaga anak-anak, mengemas rumah, buat laundry serta masak sendiri.

Baru kau rasa.

Barulah kau tahu menghargai.

Semoga teguran ini dapat memberi manfaat pada yang telah berkahwin, mahupun yang masih bujang!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 397,859 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen