Jika Memiliki Pasangan Yang Sensitif, Jangan Menyindir Apabila Mereka Lakukan Kesalahan Kerana 5 Sebab Ini.

 

Apabila memiliki pasangan yang berjiwa sensitif jangan lah terlalu menghukum dirinya, dan menilai kesalahan yang dilakukan dengan cepat. Jangan terlalu sombong, dan menganggap hanya diri sendiri sahaja yang betul. Dan jangan pula terlalu suka menyindir sehingga mereka rasa tersentap kerana seperti berikut….



1. Pasangan akan rasa seperti tidak dipercayai.

Apabila pasangan sering menyindir dengan kata-kata kesat, makian atau pun kiasan, sudah tentu mereka akan rasa tidak dipercayai. Hatinya sering memendam perasaan kerana khuatir akan melukai hati pasangannya, padahal pasangannya sendiri yang suka menyindir.

Selain itu, sindiran menurut pakar psikologi adalah tanda kekesalan atau rasa tidak percaya terhadap seseorang. Jika anda sering menyindir pasangan, ia memang bermaksud anda tidak mempercayai pasangan. Jadi, gunakan bahasa yang lebih lemah-lembut seperti bertanya mengapa anda tidak ditelefon dahulu, sebagai contoh.

2. Pasangan akan terasa dirinya kerdil.

Setiap hubungan yang harmoni adalah apabila pasangan yang selalu memberi kepastian. Mereka tahu naluri pasangan yang selalu ingin tahu dan mengambil peduli. Jika si dia sering memerli dan menyindir “Haaaa….online, tetapi tak whatsapp saya pun, awak whatsapp dengan siapa? Dah ada orang lain..?” Terus membuat andaian negatif.

Pasangan akan memberi respon yang negatif juga kerana terasa dirinya disoal siasat.



3. Pasangan akan malas berkomunikasi.

Hubungan yang bahagia dan berkekalan adalah kerana adanya komunikasi dua hala antara pasangan. Jika seorang suka menyindir, dan seorang lagi hanya berdiam diri, apakha terjadi pada hubungan tersebut? Pasangan yang gemar dan terbiasa dengan budaya sindir-menyindir mungkin mengalami masalah komunikasi yang terputus.

4. Akan menjadi contoh yang buruk pada anak-anak kelak.

Jika sudah terbiasa pada awal perkenalan, sehingga lah ke alam perkahwinan dengan budaya sindir-menyindir ini, tidak hairan akan menjadi perkara normal terhadap anak-anak kelak. Anak anda juga tidak mustahil mencontohi sikap ini kerana tidak mengenal yang mana sindiran, yang mana gurauan. Justeru, didiklah diri dengan awal untuk tidak suka menyindir.

5. Pasangan akan menganggap ia adalah serangan peribadi.

Khususnya lelaki yang suka sangat mengusik teman wanitanya, tidak kira sama ada melalui fizikal atau apa sahaja. Ada sahaja mahu mengusik tanda gurau. Tetapi kata-kata sindiran ini, hanya dianggap sinis oleh kaum wanita yang akan mengakibatkan emosinya jatuh dan tidak stabil. Si dia pula menunjukkan reaksi emosional secara berlebihan sehingga mengundang tanda tanya besar kepada anda.

Kesimpulannya, tegurlah secara berlapik. Jika tiada kata-kata yang baik ingin dilontarkan, diam dahulu sebelum berbicara dan pilihlah masa yang sesuai. Tegurlah kesalahan mereka dengan penuh kasih sayang.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,161 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen