Tanpa Wanita Sedar, 4 Perkara Ini Sebenarnya Boleh Membangkitkan Kemarahan Seorang Lelaki. Hati-Hati!

 

Dalam hubungan, jika wanita mahukan pasangannya tidak melakukan perkara yang mereka benci atau boleh membangkitkan amarahnya, begitu juga lelaki. Ibarat ‘Jangan Kejutkan Harimau Yang Sedang Tidur’ kerana, kebiasannya lelaki hanya berdiam diri sahaja atau “Dah sayang nak buat macam mana….”.

Tetapi jika, wanita terlalu kerap melakukan perkara yang lelaki tidak suka, tanpa mereka sedar, tiba-tiba sahaja mengamuk. Tiba-tiba sahaja marah. Jom ketahui perkara apakah yang sering dilakukan oleh wanita, boleh membuatkan seorang lelaki itu marah…

1. Berbelanja melebihi kemampuan.

Terlalu boros dan kadang-kala melebihi kemampuan diri dan suami khusus pada mereka yang telah berkahwin. Semua lelaki sudah pasti mahukan pasangannya gembira dan bahagia. Dan tiada seorang lelaki pun tidak mahu melihat pasangannya berduka. Jika sebelum berkahwin sudah boros berbelanja, bagaimana untuk memastikan setelah berkahwin dapat berjimat?

Isteri dinasihatkan supaya tidak berbelanja melebihi kemampuan suami. Hal ini boleh membuatkan suami tertekan dan terasa tidak dihargai. Walaupun isteri mampu berbelanja mewah menggunakan wang sendiri, namun usahlah keterlaluan kerana suami akan terasa rendah diri.

2. Sering berpandangan negatif.

Pandangan dan andaian negatif seorang wanita sering membuatkan lelaki rimas dengan tindakan tersebut. Ia boleh membuatkan sesuatu hubungan itu berantakan, malah memusnahkan rumah tangga. Sudah la berpandangan negatif, selepas itu terlalu merungut dan semua perkara adalah masalah bagi mereka. Semuanya tidak kena.

Jika hanya kisah negatif sahaja yang anda bicarakan, tidak hairan jika pasangan mulai bosan dengan diri anda. Mood positif dia akhirnya bertukar jadi negatif juga.



3. Terlalu mementingkan orang lain seperti sahabat baik.

Ya, ketika zaman bujang sahabat baik anda adalah insan yang paling dekat. Sentiasa meluahkan perasaan tidak kira, kisah suka atau duka. Jangan terlalu bergantung harap pada sahabat, sehingga anda melupakan pasangan anda yang sepatutnya ada dalam hidup anda. Jangan pinggirkan mereka, hanya kerana semata-mata dia sahabat baik anda.

Ini kerana apabila telah berkahwin, wanita perlu tahu suami adalah orang terpenting dalam hierarki kehidupan. Jika anda asyik meletakkan orang lain dalam kedudukan teratas maka ini satu hal yang boleh jadi isu untuk bergaduh.

4. Mengharapkan pasangan faham bahasa kiasannya.

Jangan simpan dalam hati apa yang anda rasa. Jangan pendam. Anda perlu beritahu pasangan anda mengenai apa yang anda fikirkan. Berharap pasangan faham-faham sendiri akhirnya boleh jadi barah yang merosakkan hubungan. Berkomunikasilah dengan baik. Jadikan komunikasi dua hala sebagai kebiasaan antara anda dan pasangan.

Jadi, hormatilah pasangan anda sebagai seorang lelaki yang penting dalam hidup anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,458 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen