Bersangka Baiklah Dalam Mencari Jodoh.

 

Tidak kira lelaki dan wanita, jangan lah terlalu berfikiran negatif dalam mencari jodoh ini. Masakan kini ramai sahaja di antara kita sukar bertemu dengan jodoh hanya kerana gara-gara ‘ketakutan’ dalam menerima jodoh.

“Perempuan zaman sekarang semua nak lelaki kaya, berharta, kereta H…”

Maka Allah dekatkan ciri-ciri wanita tersebut dengan dirinya, kerana terlalu berfikiran negatif terhadap semua wanita yang ditemui.



“Alaaa, lelaki zaman sekarang, mana ada yang bertanggung jawab, muka tak handsome pun boleh curang…”

Maka Allah mengikut sangkaan hamba-Nya menurut apa yang terlalu ditakutinya dalam menemui jodoh.

INI LAH YANG DINAMAKAN DUGAAN.

Dugaan yang Allah turunkan, kerana kita terlalu takut menemui jodoh sebegitu rupa.

Jika kita takut KEHILANGAN, Allah juga akan menurunkan dugaan seperti itu juga.

“Aku malas nak bercinta, aku serik nak bercinta, sebab aku takut aku akan kehilangan dia lagi…”

Seperti nasiht dari Pahrol Muhammad Juoi ini…

Tuhan sering menyembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan agar kemanisan itu lebih indah.

Justeru, apabila ditimpa kesusahan yang menyempitkan, katakan pada hati, "Insya Allah selepas ini pasti ada kesenangan yang lebih melapangkan."

Sangka baik itu menenangkan hati walaupun keadaan mungkin tidak sebaik yang disangkakan.

Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.

Bersangka baiklah dengan Allah, dan bersangka baiklah dengan diri... itulah jalan ke arah ketenangan sejati.

ELAKKAN BERFIKIRAN NEGATIF.

Jika boleh elakkan lah bersangka buruk dengan takdir Allah. Dan seharusnya didiklah diri kita daripada fikir benda-benda yang tak elok tentang masa hadapan. Jangan terlalu fikirkan dan berasa takut orang yang kita cintai dikebas orang atau pasangan akan berlaku curang kerana Allah akan uji kita dengan benda yang kita takut.  

APABILA KITA TERLALU TAKUT DENGAN SESUATU YANG MASIH BELUM BERLAKU, dugaan akan diturunkan pada kita kerana Allah mahu tengok sejauh mana pergantungan dan keyakinan kita dengan Allah SWT. Adakah masa berduka sahaja kita akan ingat pada-Nya, tetapi apabila bahagia kita lupa?

BERDOA TANPA JEMU.

Jadi, oleh kerana itu kita perlu sentiasa berdoa pada Allah tanpa jemu. Itu tandanya kita selalu ingat pada Allah dalam apa jua masa dan waktu.

Mohon la pada Allah melalui doa. Allah takkan sia-siakan doa hambanya. Cubalah kita fikir, seluruh alam ni semua ada dalam genggaman tangan Allah. Jika Allah boleh pegang dan kawal benda yg ada di bumi dan di langit, masakan Allah tidak boleh pegang hati pasangan kita untuk tetap setia pada kita.

Jadi, doa dan yakin sajalah supaya Allah jaga. Nak takut apa lagi kalau Allah yang jaga, kan?



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,327 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen