“Jangan Goyang Kalau Dalam Bank Tinggal RM 10, Tetapi Percaya dan Yakin Akan Rezeki Dalam Rumah Tangga” – Ikuti Perkongsian Ini.

 

Tak Sampai hujung bulan lagi tetapi duit di dalam akaun semakin tipis. Ada kala sampai ringgit-ringgit sahaja. Mana tidaknya, pasti runsing fikirkan apa yang disuapkan ke mulut anak-anak. Jika ibu bapa ini mungkin boleh lah untuk ikat perut itu sedikit tapi anak-anak sudah pasti mereka masih belum mengerti. Tapi anda jangan risau, selagi anda yakin dan usaha, In sha Allah, pasti akan ada rezeki yang tidak disangka-sangka akan tiba. Itu lah yang akan berlaku dalam kehidupan suami isteri ini. Mari ketahui kisah seperti ini dengan lebih lanjut melalui perkongsian saudara Abu Hurairah Asifa di dalam laman Facebook nya.



Dalam Rumahtangga, yang paling risau tentang semua sewa, bil api air, yuran tuisyen, barang dapur, barang mandi,
Semua isteri!

Dia takkan tenang dengan melihat telur yang tinggal 2 biji, sardin tinggal 1 tin kecil, beras segenggam tabah, ayam tinggal hati dan kaki.

Jadi, kalau isteri tak tenang dan selalu membebel tentang hal ni, tenang bro!

Tenang ok?

Jangan tendang kerusi lepas tu blah lepak mamak,

Jangan marah anak-anak yang tak tahu apa-apa,

Jangan juga sepak kaki kawan masa lawan futsal waktu maghrib.


Dalam ujian yang berat dan semakin menaik ni, Suami dan isteri perlu selalu bertenang. Kalau sorang hangin, sorang lagi kena dingin. Sorang panas, sorang lagi kena mengawal supaya tak rimas.

Pelan-pelan pegang tangan isteri, ajak dia duduk. Buatkan air pearl cafe, kalau takde, gi beli kat kedai runcit 1.30 sepeket. Kita minum air kosong dah la kalau bajet takde.

Jangan citer duit dulu. Jangan citer hal bil-bil. Jangan citer pampers susu.

Citer Allah, Cerita syukur. Cerita kita ni bahagia masih bersama. Citer walau pun perit dan sakit, kita ada rumah. Ada kereta. ada motor. ada basikal. Anak-anak sihat. Kita pun sihat. Cuit skit peha isteri, awak pun cantik je selalu. Lawak la skit. Jangan macam ceramah sangat.

Isteri akan diam. Dia diammmmmm je. Takpe, masa tu ajak isteri naik atas rehat. Baringkan dia. Tenangkan dia.

Ajarkan isteri doa ini. Dan kita doakan bersama. Pegang dada isteri,

' Jadikan hati kami seperti hati wali-wali Allah, yang tak pernah takut dan bimbang dengan hal-hal dunia'.

Lepas isteri tidur, giliran kita bro. Ni part kita.

Bercakaplah dengan Allah. Cakap kita ni suami, kena kuat. Goyang juga tengok Maybank2U ada sepuluh ringgit berbaki. Ngeri rasa.

Luahkan semua pada Allah. Susun strategi. Esok apa kerja boleh buat. Atau esok niat nak buat baik banyak-banyak. Kalau manusia terhibur dengan kita, Allah akan hiburkan kita pula.

Kesusahan itu perlu. Untuk kita dapat rasa Hamba. Untuk kita merendah diri.

Biar kita begini hidupnya, tapi kita bahagia bro.

Selalu ajak isteri ingatlah Allah.

Selalu ajak anak isteri solat awal, buat baik banyak-banyak, utamakan keluarga dalam segala hal, kurangkan bergaduh dan bertekak, saling berlapang dada,

Selamat berjuang Bro!

Jadi suami, baru tahu kenapa Tuhan cipta kita jadi lelaki......

Jadi apabila rezeki itu sempit sedikit atau tidak mencukupi, jangan mengeluh baik suami atau isteri. Tetapi teruskan berusaha dan yakin akan rezeki yang bakal Allah SWT berikan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,532 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen