Lakukan 25 Perkara Ini Yang Anda Tidak Jangka Sebenarnya Membuatkan Hati Anda Gembira, Sementara Masih Single.

 

Menjadi seorang yang single bukan lah sesuatu yang menyedihkan, mungkin kerana ramai yang tidak sedar manfaat apabila menjadi bujang. Terlalu banyak kebaikan yang boleh dilakukan sehingga kadang-kala anda terlupa bahawa anda sebenarnya single. Malah lakukan juga perkara yang diluar jangkaan anda supaya tersimpan memori-memori manis yang boleh dikongsi cerita dengan bakal anak-anak kelak.

Namun, jangan pula terlalu selesa untuk menjadi single sehingga tidak mahu mengikut salah satu sunnah Nabi SAW iaitu pernikahan.

Jadi, jom lihat 25 perkara ini yang anda tidak jangka ini, namun ia sebenarnya mencuit hati anda sendiri..

1. Mempunyai baju kegemaran setiap koleksi seperti baju tidur, baju santai keluar bersama rakan dan seumpama dengannya.

2. Menyimpan drama-drama kegemaran dalam Netflix.

3. Perlukan kopi kegemaran pada setiap pagi.

4. Melihat luar tingkap semasa menaiki komuter, LRT, MRT dan seumpamanya.

5. Kadang-kala menonton kartun kegemaran anak-anak kecil seperti Disney.

6. Menjadi luar jangkaan seperti bermain hujan dengan rakan-rakan.

7. Membeli bunga, kaktus kecil atau lilin untuk menghiasi bilik.

8. Bermalas-malasan di atas katil atau sofa sambil menonton rancangan kegemaran pada setiap hari ahad.

9. Merancang Trip secara spontan bersama keluarga atau sahabat.

10. Sekali-sekala mengambil off day ketika bekerja. Setiap hari bekerja, dan hanya cuti satu hari, penat juga sebenarnya.

11. Cuba menghantar email pada rakan-rakan selain whatsapp atau telegram.

12. Mencari sesuatu yang anda suka di shopping online. (Yang penting ketika on sale)

13. Menikmati lampu-lampu di jalan raya ketika di malam hari.

14. Menikmati bau hujan, lebih-lebih lagi ketika hujan reda membasahi rumput.

15. Melakukan mural painting.

16. Pada pencinta buku, menikmati bau buku lama adalah sesuatu yang tidak boleh disangkal lagi.

17. Memberi makan pada anak kucing yang berada di jalanan.

18. Malah berbual-bual dengan kucing tersebut.

19. Sekali-sekala berjalan-jalan di taman usai sahaja bekerja untuk menikmati pemandangan. Asyik terperap di dalam pejabat pasti bosan.

20. Menanti parcel dengan hati yang gembira, seolah-olah ada orang memberi hadiah pada anda.

21. Masak sahaja makanan yang anda gemari tanpa dikritik.

22. Menikmati atau mencium bunga yang anda tanam sendiri.

23. Memeluk ibu bapa dan sahabat baik lebih lama dari biasa.

24. Menikmati makan malam bersama ahli keluarga, kerana kebiasannya ramai yang penat bekerja.

25. Tumpang gembira dan bahagia apabila melihat orang terdekat bahagia seperti menimang cahaya mata, berkahwin atau dinaikkan pangkat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen