“Sepanjang Hubungan Ini, Pertama Kali Saya Merasai Percintaan Yang Matang” Berkenalan Di Baituljannah, Akhirnya Selamat Ke Jinjang Pelamin.

 

Ramai sahaja yang bertemu jodoh di Baituljannah, dan salah satu pasangan sudi untuk berkongsi kisah detik pertemuan setahun yang lalu. Dan juga sudi berkongsi tips dalam perhubungan agar memberi manfaat pada kita yang masih lagi belum bertemu jodoh. Namun, identiti Puan ini dirahsiakan kerana permintaan darinya sendiri.

DETIK PERKENALAN.

  • Berkenalan pada bulan Ogos, 2017. Our first meet up was around September. February 2018, dia datang ke rumah berjumpa dengan mak dan abah dan suarakan hajat untuk bertunang. Kami bertunang hujung bulan April. Plan bernikah pada bulan november, tapi Allah telah mudahkan urusan kami, pernikahan kami dicepatkan pada bulan September 2018. (Pasangan ini bernikah pada 9/9/2018)
  • Saya dah lupa bila pertama kali dia lamar saya. Banyak kali dia suarakan hajat nak memperisterikan saya. Saya nampak keseriusan dia masa kami berdepan, dari situ saya percaya dia tak main-main. Kami jarang berjumpa, boleh kira dengan jari berapa kali saja kami berjumpa sebelum kahwin.

RASA TAKUT DAN TAK PERCAYA BERKENALAN DI SOSIAL MEDIA TETAPI…

  • Kena pandai jaga diri dan berpada-pada berkawan dengan kenalan baru, make sure berkenalan lama sedikit sebelum berjumpa. Kerana dalam tempoh perkenalan ini, kita dapat detect character lelaki tu macam mana, baik atau buruk, kita mesti dapat ‘clue’ daripada cara dia berborak dengan kita.
  • Lagi satu kawal diri, jangan sebab kita terlampau suka sangat pada seseorang yang baru kita kenal, apa yang tak elok pada si dia pun kita pejam mata je. BUKANLAH MAKSUD SAYA KITA TERUS REJECT DENGAN SATU BENDA YANG KITA TAK BERKENAN PADA SI DIA, sebab tiada manusia sempurna, tapi lihatlah peribadi si dia secara kesuluruhan, baikkah dia untuk kita berkawan.

CIRI-CIRI PASANGAN YANG MENARIK PERHATIAN

  • Simple, straight to the point, pandai buat lawak, matang dan berfikiran jauh. Dalam gurau-gurau, dia seorang yang strict, tegas tapi bertolak ansur.
  • Dia solat 5 waktu, baca quran, ilmu agama cukup. Tidak pernah sekalipun mengeluarkan kata-kata kesat sepanjang hubungan kami.
  • Kalau marah, selalu dia akan senyap, sebab kata dia, kalau kita bercakap juga bila tengah marah, salah seorang akan terluka and it won't fix anything.
  • Dia banyak ambil berat tentang saya dan keluarga, jarang memaksa saya, dan layan saya seperti orang dewasa yang lain.
  • Dia jarang reject pendapat saya, selalu dia terima tapi dia akan rephrase balik pendapat saya supaya sesuai dengan keadaan.
  • Dia pandai memujuk, romantik dan jujur. SEPANJANG HUBUNGAN INI, PERTAMA KALI SAYA MERASAI PERCINTAAN YANG MATANG, we never have any trust issues walaupun antara kami beratus km jauhnya.

CIRI-CIRI DIRI YANG MEMBUAT PASANGAN TERTARIK

  • Dia suka dengan sifat penyabar saya, ceria dan down to earth.
  • Dari segi agama, bagaimana saya melakukan kewajipan, dan sifat ingin belajar benda baru.
  • Keluarga antara faktor paling penting sebab suami merupakan family man. Once dah kahwin, what is mine will be him and vice versa.
  • Dia tertarik kepada patuh saya kepada ibu bapa saya. Lastly, berkat doa dan istikharah buatkan suami konfiden untuk melamar.

BANYAK PERUBAHAN APABILA BERKENALAN DENGAN PASANGAN

Saya lebih bersikap terbuka. Yang paling ketara, saya lebih berani mempertahankan diri saya in any situation. Dia mengajar saya untuk stand up for my own self bila mana di aniaya. Dari segi agama, dia banyak advise saya untuk improve kan diri saya. Saya jenis manusia yang ada anxiety. Dia bawa saya keluar daripada pemikiran yang bukan-bukan, always think positive.

SETIAP PASANGAN PASTI ADA PASANG SURUTNYA

  • Kalau tak bergaduh maknanya tak sayang. Banyak kali juga berselisih faham, itu perkara biasa. Kadang-kadang, ini yang lebih mengeratkan hubungan.
  • Cuma, jangan melebih-lebih dalam perselisihan faham. Kalau terlalu marah, berhenti berborak dulu dengan si dia, rehatkan diri, alihkan attention pada benda lain atau tidur dulu. Insha allah esok pagi bangun, kita akan lebih berfikiran waras. Jangan suka terlalu suka, jangan benci terlalu benci.
  • Pada kami, kami amalkan prinsip, we are in this together, we try to fix our relationship together, kena sama-sama berusaha baiki hubungan, bukan seorang saja yang beriya.

TIDAK LUPA SOLAT ISTIKHARAH

Dia memang serius dengan saya walaupun di awal perkenalan, dia sudah utarakan niat dia untuk memperisteri kan saya. Saya jenis manusia yang tak confiden dengan diri saya, sepanjang perkenalan, saya solat istikarah banyak kali. Saya minta allah permudahkan hubungan ini andai benar dia jodoh saya dan saya minta Allah yakinkan saya bahawa saya dalam jalan yang betul. Petunjuk yang saya dapat dalam bentuk mimpi, keyakinan dan juga mudahnya perjalanan hubungan kami.

TAHNIAH, SEMOGA BERKEKALAN HINGGA JANNAH!



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 397,859 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen