Jika Lelaki Melakukan 3 Perbuatan Ini Ketika Di Awal Perkenalan, Ramai Wanita Akan Mula Menjauhkan Diri.

 

Setiap orang pasti teruja apabila ingin berkenalan dengan orang baru, terutamanya pada sesiapa yang ingin mencari pasangan atau cinta baru ini. Apabila sudah berniat untuk mencari orang baru, sudah tentu perkara pertama yang kita fikirkan adalah:

“Boleh tak aku ngam dengan dia ni…”

“Rasanya dia bosan tak dengan aku nanti..”

Jadi secara psikologi sebenarnya sudah menunjukkan kita belum lagi bersedia untuk menjadi sebahagian dalam hubungan yang sihat dengan seseorang. Mungkin apabila bertemu, anda berdua kelihatan rancak berbual dan merasakan “Ada chemistry ni..” tetapi jaga-jaga kerana 3 perkara ini sebenarnya membuatkan wanita mula menjauhkan diri dari seorang lelaki…

1. Tiada topik lain selain dari bekas kekasih.

Daripada detik mula bertemu sehingga saat nak bersurai, kisah tentang bekas kekasihnya tidak lekang dari bibirnya. Adakah anda berdua berjumpa hanya mahu berbual mengenai bekas kekasih sahaja? Adakah lelaki tersebut layak untuk menjadi pasangan anda sekiranya lelaki tersebut menghabiskan kualiti masa dengan hanya bercerita tentang kekecewaannya pada bekas teman wanita atau kisah cintanya dahulu?

Lelaki sebegini boleh membuatkan kamu merasa seperti kamu perlu menyelamatkan dia, tetapi sebenarnya jangan. Sepatutnya si dia perlu bermula buku baru bersama anda, bukan masih membelek-belek helaian yang lama.



2. Berbual mengenai isu yang anda tidak senang duduk.

Isu apa yang membuatkan wanita tidak senang duduk?

Pernahkah anda berada dalam situasi di mana si lelaki asyik bercerita tentang kehebatan diri sendiri, lelaki yang sentiasa mengagumi kehebatan seksualnya sehingga menghantar gambar yang tidak sepatutnya. Dia cuba membuat anda menjadi objek obsesi seksualnya, jika ada seeloknya tinggalkan dia. Bukan hanya dia kasar dan tidak sopan, tetapi dia juga menunjukkan tanda-tanda yang tidak selamat. Kalau benar dia mahu berkawan, dia akan melindungi maruah kamu, bukan cuba menghancurkannya.

Ini adalah tanda orang yang tidak bersedia untuk hubungan sebenar… jadi larikan diri.

3. Sentiasa memberi alasan.

Bukan sahaja sukar menepati masa, waktu dan janji, tetapi ada sahaja alasan yang diberi apabila mula membicarakan tentang perkara yang serius. Lelaki ini juga seperti main tarik tali dengan anda. Jika seorang wanita mahukan hubungan yang serius dengan mana-mana lelaki, lelaki sebegini tidak sesuai dengan anda, kerana anda akan banyak makan hati kelak.

Oleh itu, fikirlah dengan sebaik mungkin apabila berkenalan dengan seseorang. Bukan mudah untuk mencari pasangan yang betul-betul setia dan dapat menerima kita seadanya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,446 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen