Awas, 4 Sebab Mengapa Tidak Perlu Ungkit Mengenai Bekas Kekasih.

 

Setiap orang mempunyai sejarah lepasnya. Di mana sejarah tersebut mengajar dirinya untuk menjadi lebih kuat serta bangkit dari kesakitan. Dan sesetengah orang tidak suka jika perkara yang tidak menyeronokkan dalam hidupnya mula dibangkitkan dan diperkatakan semula. Namun sebagai pasangan, sudah pasti anda ingin mengetahui serba sedikit mengenai pengalaman cintanya. Bukan untuk membuat dirinya mengingati kembali tetapi hanya ingin mengenali pasangan dengan lebih rapat. Tetapi anda perlu tahu, bahawa ramai yang tidak suka jika anda bangkitkan mengenai bekas kekasih. Mengapa? Jom cari tahu.



1. Boleh timbulkan rasa cemburu.

Apabila bercakap mengenai bekas kekasih, ia semestinya antara kenangan yang membahagiakan serta menyediahkan baik bagi anda ataupun pasangan anda. Jadi baik anda atau pasangan anda, jika menyatakan mengenai bekas kekasih sudah pasti ia akan menimbulkan satu perasaan cemburu. Walaupun ia perkara yang sudah berlalu tetapi tetap sahaja ia mampu timbulkan perasaan cemburu pasangan atau diri sendiri.

2. Menyebabkan pergaduhan.

Selepas mendengar cerita, rasa cemburu mula menguasi diri. Maka ia akan menimbulkan perasaan yang renggang antara anda dan pasangan. Bahkan ia juga boleh menimbulkan pergaduhan dengan anggapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, anda dapat merasakan bahawa dirinya masih sayang pada dirinya. Jadi sudah tentu lah ia akan menimbulkan salah faham serta pergaduhan antara kalian.


3. Mula hilang kepercayaan.

Jika sebelum ini masing-masing yakin bahawa kalian sememangnya serasi tetapi selepas mendengar kisah cinta pasangan, ia menjadikan kalian mula tidak yakin antara saru sama lain. Bahkan perasaan ragu-ragu mula timbul dalam diri anda. Bukan itu sahaja, masing-masing mula inginkan sedikit masa untuk berfikir akan kebaikan dan keburukan hubungan yang dibina itu.

4. Sukar untuk maju ke hadapan.

Bila anda meminta untuk pasangan anda menceritakan kisah cintanya, ia mungkin akan menyebabkan dirinya teringat. Secara tidak langsung, dia mula sukar untuk move on dari kisah yang lalu. Bukan ia menjadi semakin sukar buat anda dan dirinya. Boleh jadi anda akan kehilangan dirinya jika dia mula mengenangkan bekas kekasihnya.

Apa yang lepas biarkan ia berlalu. Jangan dikenang serta dibangkit lagi. Kalian telah menjadi pasangan kekasih, adalah lebih baik kalian terus saling membahagiakan antara satu sama lain. Dan melupakan segala kisah cinta yang tidak kesampaian itu.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen