Wanita Ini Mudah Swing Mood. Cuba Lelaki Lakukan 10 Perkara Ini, Pasti Pasangan Akan Tersenyum.

 

Wanita memang terlalu banyak emosi dalam satu masa. Sesiapa sahaja tidak dapat menjangka emosi wanita ini, termasuklah diri mereka sendiri. Oleh kerana itu, ramai sahaja dari kaum wanita ini kadang-kala seperti tidak mengenali diri mereka yang sebenar.

Kadang-kadang secara tiba-tiba menangis…

Kadang-kala pula tiba-tiba marah tak tentu pasal…

Siapa sahaja yang tidak pening, bukan? Jadi kepada lelaki yang memiliki isteri atau teman wanita, apabila terlihat pasangan tiada mood sahaja atau lebih tepat ketika PERIOD, cuba lakukan 10 perkara ini…

1. Memberi perhatian.

Wanita ini seperti kucing. Manja dan suka dibelai. Apabila melihat tuannya berada di depan mata, pasti akan berlari-lari untuk mendapatkan tuannyan kemudian menggeselkan kepala mereka. Begitulah keletah seorang wanita yang sebenar. Hanya dengan memberi perhatian, pasti membuatkan hati mereka tenang.

2. Memberi coklat.

Ketika period, pada saat ini wanita amat menginginkan manisan terutamanya coklat. Coklat bukan sahaja dapat melepaskan tekanan, coklat juga mampu menceriakan mood wanita.



3. Elakkan “Tengah marah-marah ni, mesti period..”

Jangan sesekali ungkapkan kata-kata begini, kerana kadang-kala wanita swing mood bukan ketika period sahaja. Tidak semestinya asal marah sahaja, period. Kadang-kala ada juga lelaki membuat kesalahan, tetapi tidak mengaku.

4. Cuba memasak.

Tak pandai memasak? Kadang-kala wanita hanya mahu melihat usaha anda untuk menceriakan mood mereka.

5. Membantu mengemas rumah.

Kepada mereka yang telah berkahwin, bantulah isteri pula untuk menguruskan rumah tangga dengan mengemas rumah. Bukankah rumah itu anda berdua yang duduk, bukan isteri seorang sahaja yang tinggal dalam rumah tersebut.

6. Menonton drama kegemarannya bersama.

Cuba menonton drama atau filem kegemaran mereka tanpa memberi apa-apa komen. Kadang-kala lelaki memang suka kritik apa jua yang ditontonnya. Kali ini cuba hayati.



7. Jangan jadi seorang yang blur dan gelabah.

Ada satu masa apabila wanita amat memerlukan pertolongan atau perlindungan daripada teman lelaki atau suaminya, lelaki akan menjadi terlebih gelabah. “Alamakk….dia dah tak ada mood, apa patut aku buat ni…”

8. Cuba mendengar luahan mereka.

Jadilah pendengar yang baik dan setia. Jika ketika mereka period, anda membuat tidak tahu sahaja dengan bebelan mereka, malah membelek-belek telefon bimbit pula, ada pula barang yang ‘terbang’ nanti.

9. Menjadi lebih peka.

Khusus bagi lelaki yang telah berkahwin, seperti point  nombor 5, apabila melihat isteri anda penat dan tiada mood, cepat-cepatlah membantu mereka untuk menguruskan segalanya termasuk anak-anak. Oleh kerana itu, lelaki perlu mendidik diri sendiri untuk sentiasa berjaga-jaga dengan situasi begini.

10. Wanita itu adalah wanita yang anda cintai, bukan raksasa yang anda takuti.

Memang tidak dapat dinafikan emosi wanita ketika period seperti singa kelaparan. Jadilah lelaki yang gentleman dan bijak untuk mengawal emosi wanita, bukannya lari ketakutan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,699 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen