Tanda-Tanda Si Dia Serius Terhadap Anda Bukan Sekadar Hanya Mahu Bermain Cinta.

 

Apabila jalinkan satu perhubungan, sudah pasti perkahwinan merupakan matlamat utama yang diinginkan oleh kedua-dua belah pihak. Tapi pada awal perkenalan itu sudah pasti kita ingin ketahui adakah si dia itu serius ataupun sekadar ingin bermain cinta sahaja terhadap anda. Jika dirinya serius, apa tanda-tanda yang dirinya tunjukkan? Begitu juga sebaliknya. Jadi mari kita cari tahu apa yang menandakan si dia itu serius.



1. Menjadikan anda keutamaan.

Apabila dia mula serius dengan anda, dia mula menjadikan anda sebagai keutamaan dirinya. Di mana ia sudah tidak bermain mata dengan wanita lain. Dia mula menjaga hati anda dengan baik. Sentiasa meluangkan masa bersam dengan anda. Banyak perkara yang dirinya akan menumpukan anda tetapi ia seiring dengan kerjaya serta keluarganya. Jadi di situ boleh lihat bahawa anda sama penting dengan dua perkara tersebut.

2. Berlaku jujur.

Dirinya juga sentiasa jujur dengan anda. Dimana kejujuran itu tidak penah anda pinta. Hal ini kerana, bagi anda ia adalah sekadar tempoh perkenalan tetapi bagi dirinya ia adalah satu perkara yang serius. Maka dirinya perlu jujur dengan anda. Anda boleh lihat kejujuran dirinya melalui matanya bahkan anda yakin bahawa dirinya itu jujur terhadap anda. Ingat keyakinan itu penting.

3. Ingin berjumpa dengan keluarga anda.

Tanpa anda sangka dianya sudah bersedia untuk berjumpa dengan ibu bapa anda. Walaupun ia masih tempoh perkenalan tapi dirinya menunjukkan kesungguhan untuk menjalinkan satu hubungan yang serius bersama anda. Jika seseorang ingin berjumpa dengan ibu bapa serta ahli keluarga anda, itu menandakan bahawa dirinya benar-benar mahukan anda.


4. Bawa anda berjumpa keluarga.

Perbuatan yang selalu anda tidak duga adalah dirinya membawa anda untuk berjumpa dengan ibu bapanya serta ahli keluarganya. Itu adalah satu langkah untuk dirinya mendekatkan anda dengan keluarganya. Jadi anda sudah boleh nilai dimana tahap keseriusan dirinya. Anda perlu tahu, apabila ia melibatkan ahli keluarga ia sudah menjadikan perkara tersebut secara tidak langsung.

5. Merancang masa depan bersama anda.

Tindakan terakhir yang anda boleh anggap dirinya serius terhadap anda adalah perancangan yang dirinya lakukan. Jika dia meletakkan anda sebagai salah satu matlamatnya ataupun, dia meletakkan anda di dalam rancangan masa depannya, itu tanda dia sememangnya begitu serius terhadap anda.

Kesimpulannya, jika anda melihat seseorang itu melakukan lima langkah ini, ia menandakan bahawa dirinya serius terhadap anda. Jika dirinya bermain cinta, dirinya pasti tidak akan melakukan lima perkara ini.


 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,476 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen