Hati-Hati Dengan Perasaan Wanita Kerana 10 Perkara Remeh Ini Membuatkan Wanita Mudah Jatuh Hati Pada Lelaki.

 

Walaupun ia nampak remeh dan kecil bagi lelaki, namun bagi wanita ia mungkin nampak ‘sweet’ dan romantik. Kadang-kala ia tidak dapat dicapai dek akal lelaki, malah sukar pula untuk diramal kerana bagi lelaki..

“Eh…buat macam ni pun sweet ke?”

Padahal ia sememangnya dapat memikat hati wanita.Melihat lelaki bermain-main dengan anak kecil juga membuat mereka tersenyum, lalu mudah untuk jatuh hati.



Jom lihat perkara yang bakal mencuit hati wanita ini…

1. Wanita akan mudah jatuh hati pada seorang lelaki apabila lelaki tersebut merancang untuk berjumpa last minute dan tidak pula batalkan temu janji tersebut. Walaupun ada hal penting, pasangannya perlu diutamakan.

2. Wanita akan mudah jatuh hati pada lelaki yang mengingati tarikh penting tentang dirinya terutama tarikh hari jadi. Dan mereka mahukan lelaki tersebut menjadi orang pertama yang mengucapkan ucapan hari jadi dahulu.

3. Wanita akan mudah jatuh hati apabila lelaki melakukan sesuatu perkara dengan spontan atau seperti kejutan. Sebagai contoh secara tiba-tiba lelaki tersebut mengajaknya travel ke tempat kegemarannya.

4. Wanita akan mudah jatuh hati pada lelaki yang sentiasa ingat pada makanan atau minuman kegemarannya. Mereka lebih terharu apabila pasangan mereka boleh mengingati ice cream kegemarannya.

5. Wanita akan mudah jatuh hati apabila adanya seorang lelaki yang sanggup datang berjumpa dengannya semata-mata kerana rindu. Walaupun rumah berjauhan, sanggup memandu dari awal pagi untuk bertemu.

6. Wanita akan mudah jatuh hati apabila adanya seorang lelaki yang sanggup menerima mereka seadanya, melayan kerenah mengadanya tetapi tidak pula meninggalkan mereka keseorangan.

7. Wanita akan mudah jatuh hati pada lelaki yang mampu menjadi pendengar setia dengan masalah yang mereka selalu luahkan. Kerana pandangan lelaki dan wanita adalah berbeza. Kadang-kala tindakan sahabat baik berbeza dengan teman lelakinya.

8. Wanita akan mudah jatuh hati pada lelaki selalu melakukan kebaikan pada dirinya kerana mereka merasakan lelaki ini benar-benar suka pada dirinya juga. Dan jika boleh wanita mahukan lelaki ini turut suka pada dirinya juga bukannya BERTEPUK SEBELAH TANGAN.

9. Wanita akan mudah jatuh hati apabila seorang lelaki mengambil berat tentang mereka. Hanya dengan “Hati-hati..” “Jangan lupa makan…” “Jaga diri tau…” pasti membuat diri mereka rasa dihargai.

10. Wanita juga akan mudah jatuh hati apabila lelaki itu merancang sesuatu, dan dia merasakan dirinya ada sebahagian dalam perancangan tersebut. “Awak, saya ada tournament futsal minggu depan, awak nak ikut?”

“Next week ada kenduri, saudara saya kahwin, boleh temankan saya?”

Hati dan perasaan wanita, memang mudah terusik apabila munculnya seorang lelaki yang boleh mengambil berat tentang diri mereka. Jika, anda sebagai lelaki tiada niat untuk mengahwini seseorang wanita, jangan sesekali mencuit hati mereka.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,285 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen