4 Sikap Yang Menjengkelkan Tetapi Itu Tanda Sayangnya Pada Anda.

 

Rata-rata pasangan mudah rimas dengan kelakuan kekasihnya yang agak menjengkelkan. Terutama yang tidak boleh berjauhan dengan pasangan. Mana tidaknya, apa sahaja yang dirinya lakukan hendak berkepit bersama-sama anda. Jika berjauhan, mula lah pelbagai ragam dan masalah akan timbul dalam perhubungan tersebut. Namun begitu, dirinya hanya takut kehilangan anda, malah si dia juga takut sekiranya anda menipu dirinya. Jadi mari ketahui sikap pasangan yang menjengkelkan itu adalah sebagai tanda sayangnya pada anda.



1. Sikap cemburu.

Perkara yang paling mudah lihat adalah sikap cemburu dalam diri pasangan anda. Orang kata, kalau tiada lagi perasaan cemburu dalam perhubungan itu bermakna pasangan anda sudah tidak ada hati pada anda. Jadi cemburu sikit-sikit itu biasa lah. Jangan rimas pula, itu tanda dia sayang pada anda. Yang anda boleh rimas adalah cemburu yang berlebihan atau dikenali sebagai cemburu buta. Kalau cemburu yang biasa-biasa aje, anda terangkan padanya dia akan faham, tetapi jika cemburu buta, anda boleh lihat pasangan anda hanya mengikut perasaan dan emosinya sahaja.

2. Sikap mudah risau.

Anda penah lihat pasangan anda yang begitu mengelabah sekiranya anda tidak membalas kiriman mesejnya? Pernah lihat dirinya cuba menghubungi anda berkali-kali atau menghantar mesej yang banyak? Pasti pernah bukan? Itu adalah salah satu tanda bahawa dirinya sayang akan anda. Dia takut sekiranya anda perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada anda. Sebab itu lah dia risau mencari anda. Jadi jika pasangan anda berkelakuan seperti ini, jangan lah mudah berasa rimas, atau rasa macam disekat segala perbuatan. Tetapi layankan sahaja karenahnya. Kelakuan ini yang paling akan anda rindui apabila berkahwin nanti.


3. Sikap berfikiran negatif.

Pasangan anda pasti seorang yang suka berfikiran negatif bukan? Terutama teman wanita anda. Pasti rasa insecure dan overthinking yang kadang kala agak mencabar kesabaran anda. Namun begitu, anda perlu faham bahawa mereka ini takut anda menipu dan menduakan mereka. Mana tidaknya, perkara-perkara sebegitukan agak melukan hati. Jadi sudah pasti lah dirinya berwaspada. Tetapi jika ia terlalu melampau, anda perlu lah ambil sedikit tindakan. Berikan teguran kepada dirinya agar dia cuba kawal kelakuannya itu.

4. Sikap mudah merajuk.

Ada dikalangan anda mempunyai pasangan yang suka merajuk? Sikap suka merajuk ini sebenarnya inginkan perhatian daripada anda sahaja. Dia ingin tahu sama ada anda masih ambil berat terhadapnya ataupun tidak. Atau hanya pada awal perkenalan sahaja ada usaha untuk memujuk tetapi sekarang ini sudah tiada. Jadi, pujuk sahaja lah dirinya itu. Tetapi jika berlebihan, tegur dirinya bukan memarahinya.

Kesimpulannya, empat kelakuan ini akan selalu ada dalam perhubungan. Semua kelakuan ini menandakan dirinya sayang serta takut hilang anda. Jadi, jika pasangan anda masih tunjukkan ciri-ciri seperti ini, jaga mereka ini dengan baik.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,484 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen