13 Petua Dan Pesanan Orang Tua Terdahulu Bagi Mereka Yang Berdarah Manis.

 

Darah manis? Sudah pasti ia panggilan bagi mereka yang semakin hampir dengan tarikh untuk majlis pernikahan mereka. Orang tua dahulu dikatakan mempunyai pelbagai pantang larang atau nasihat yang perlu diikut dan dipatuhi. Bahkan ia juga menyatakan terdapat beberapa nasihat yang sangat berguna bukan sahaja bagi mereka yang hendak berkahwin tetapi ia juga sesuai untuk semua. Menurut mereka, patang larang ini sangat berguna dan patut dicuba sendiri. Berikut adalah 13 pantang larang yang perlu anda tahu.



1. Pasangan yang bakal berkahwin dinasihatkan agar jangan keluar bersama pasangannya selama 3 bulan sebelum tibanya hari diijabkabul. Bukan saja bertujuan untuk mengelakkan fitnah, ia juga bertujuan untuk mengawal hawa nafsu antara lelaki dan perempuan.

2. Buat bakal pengantin wanita, dinasihatkan agar tidak memakan kaki ayam. Hal ini untuk mengelakkan agar makeup dihari persandingan nanti akan bercapuk atau comot.

3. Bakal pengantin dinasihatkan agar tidak makan nasi bersulamkan air selama beberapa bulan sebelum tiba majlis. Ia adalah untuk mengelakkan perut menjadi buncit.

4. Kedua-dua pengantin dinasihatkan jangan memakan leher ayam. Dikatakan kepalanya akan sedikit senget jika duduk di atas pelamin.

5. Petua yang bagus diamalkan, jangan minum air setengah jam selepas makan nasi. Tunggulah hingga setengah jam berlalu selepas makan nasi, barulah teguk air suam. Ia dikatakan untuk mengelakkan perut buncit juga.

6. Bakal pengantin juga dinasihatkan agar tidak mandi waktu malam. Hal ini kerana, ia mampu melemahkan sendi-sendi di dalam badan.

7. Banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir supaya bakal mempelai terhindar daripada gangguan syaitan sebelum hari pernikahan.


8. Pengantin juga disarankan supaya selalu berada dalam keadaan berwuduk supaya paras wajahnya cantik bercahaya.

9. Janganlah makan makanan laut dengan banyak dan kerap beberapa minggu sebelum berkahwin. Ia dikatakan tidak baik untuk kelancaran darah.

10. Baik pengantin lelaki mahupun perempuan, jangan buat sebarang kerja berat supaya keadaan fizikal sentiasa dalam keadaan baik, tidak ‘stress’ dan tidak keletihan.

11. Dinasihatkan supaya bakal pengantin menghindari makanan atau minuman yang sejuk, misalnya sayur-sayuran seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka tidak kelihatan sembap dan malap dihari majlis nanti.

12. Minumlah air halia sebelum datangnya hari pernikahan untuk membuang angin yang tersimpan dalam badan. Pastikan angin kus-kus yang tak diingini ini dikeluarkan segera supaya tidak terjadi pengantin terkentut di atas pelamin.

13. Baik pengantin lelaki atau perempuan, mereka disarankan supaya pergi berurut secra tradisional. Ia bertujuan untuk memulihkan tenaga batin atau tenaga dalaman.

Buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga boleh lah amalkan perkara ini. mana yang baik boleh kita ikut, mana kala yang tidak baik boleh kita jauhkan. Selamat mencuba.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,787 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen