Hati-Hati, Ini Dia 5 Tanda Anda Telah Dibutakan Dengan Cinta.

 

Apabila jatuh cinta, ramai orang akan merasakan semuanya indah-indah sahaja dan membahagiakan. Tetapi jangan biarkan anda dibutakan oleh cinta dan menjadi orang yang berbeza serta mengubah diri. Hal ini kerana kadang-kadang seseorang itu mampu berubah tanpa disedari. Bahkan dirinya berubah kerana mengikut perasaan cintanya terhadap pasangannya sehinggakan dirinya terlupa bahawa ia mungkin akan melukakn hatinya atau orang sekelilingnya.



Berikut adalah lima tanda seseorang itu telah dibutakan dengan cinta:

1. Dunia anda penuh dengan dirinya.

Bagi anda dunia anda sentiasa dipenuhi dengan dirinya. Anda bagaikan tidak mampu bergerak atau hilang arah tuju jika tidak mendengar namanya. Setiap pergerakkan atau perbuatan anda akan lebih menumpukan kepada dirinya sehinggakan anda hilang matlamat hidup anda. Apa yang anda tahu adalah dirinya sahaja. Ia Seumpama mandi tak basah, tidur tak lena atau makan tak kenayang. Itu lah yang anda lalui.

2. Berhenti melakukan apa yang anda suka.

Seterusnya adalah anda mula berhenti melakukan apa yang anda suka. Jika ada hobi yang anda suka maka, anda mula berhenti lakukannya. Anda mula beralih arah kepada apa yang pasangan anda suka. Bahkan setiap selera makan anda juga turut berubah, anda sudah tidak menyukai makanan kegemaran anda. Anda mula meniru dirinya.

3. Menuruti segala katanya.

Perkara yang seharusnya elakkan adalah apabila anda mengikut segala katanya. Anda seolah-olah terpukau dengan dirinya sehinggakan mengiyakan apa sahaja yang dikatakan serta mengikut sahaja katanya. Bahkan jika anda dipukul oleh dirinya juga, anda akan terima sahaja dan terus bertahan terhadap perhubungan itu. Walaupun anda tahu bahawa ia menyakitkan anda hati dan fizikal anda.


4. Sering bercakap mengenainya.

Apabila anda berkumpul dan berkongsi cerita dengan rakan-rakan, hanya dia topik yang menjadi perbualan anda. Anda jatuh cinta terhadap dirinya, tetapi itu tidak bermakna anda boleh memberitahu segala-galanya kepada rakan anda. Ia bukan sahaja membuat rakan anda rasa sakit hati dan kecewa terhadap anda, bahkan anda juga dianggap tidak dipeduikan dengan orang di sekeliling anda lagi.

5. Emosi anda tidak menentu.

Anda menjadi seorang yang mudah tersinggung, dan menjadi mudah marah hanya kerana seorang lelaki. Apabila perkara seperti ini berlaku, anda mula mencari rakan anda yang sebelum ini anda tidak pedulikan. Anda juga melepaskan kemarahan anda kepada mereka, jangan terkejut jika rakan anda pergi meninggalkan anda kerana kelakuan anda sendiri.

Bercinta itu ada batasnya, jangan kerana anda terlalu agungkan cinta si dia hingga anda lupa mencintai diri anda sendiri, orang sekeliling anda serta melupakan pencipta anda. Anda perlu tahu, apabila anda melebihkan dirinya lebih dari segalanya, maka anda akan mula berdepan dengan kehilangan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,499 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen