6 Sikap Lelaki Ini Yang Membuatkan Wanita Ragu-Ragu Dan Undur Diri.

 

Ada sahaja lelaki yang menyatakan, mereka telah mencintai pasangannya dengan sepenuh hati tetapi akhirnya ditinggalkan juga oleh wanita tersebut. Mengapa ya ini terjadi, jom kita lihat seperti berikut..

1. Terlalu romantik dan berpuitis.

Lelaki sebegini sering digelar ‘sweet talker’ oleh semua wanita. Memang benar wanita suka pada lelaki yang romantik, lebih-lebih lagi jika lelaki itu adalah seorang yang gentleman. Pasti cair hati kaum wanita.

Tetapi wanita zaman sekarang juga berhati-hati dengan lelaki sebegini kerana ia membuatkan mereka tertanya-tanya, adakah itu hanya janji palsu?

“Cinta saya hanya mekar untuk awak sahaja…”

2. Terus ajak berkahwin, walau belum berjumpa dengan ahli keluarga.

Lelaki ini terlalu terburu-buru membuat keputusan. Baru berkenalan sudah membuat keputusan untuk berkahwin walaupun belum lagi bertemu dengan ibu bapa wanita itu, malah lebih teruk tidak pula dikenalkan dengan ibu bapa lelaki tersebut. Tidakkah perbuatan ini hanya mengundang persoalan bertubi-tubi di minda wanita?

“Kenapa nak terlalu cepat, mesti ada benda yang dia nak sorokkan ni….”

3. Sentiasa menceritakan tentang kebaikan diri sendiri sahaja.

Lelaki ini tidak mempamerkan kelemahan atau kekurangan dirinya. Wanita juga ragu-ragu adakah lelaki ini begitu riak dengan diri sendiri? Terlalu bangga dengan kebaikan yang sering dilakukan? Wanita ini hanya menganggap lelaki sebegini ‘perasan bagus’ kerana jika ditanya tentang kelemahan pasti lelaki tersebut;

“Eh…saya kan lelaki, kena la pandai buat semua benda ni....”

4. Terlalu emosi.

Ada satu ketika panas baran dan sentiasa marah-marah, tetapi tiba-tiba keesokkan harinya mahu dimanja dan dibelai. Paling teruk selepas itu diam membisu selama seminggu. Bukan sahaja wanita mempunyai mood swing, lelaki juga turut begitu.  Kemudian merajuk pula, mahu dipujuk. Wanita akan menganggap lelaki sebegini adalah seorang psiko.

Mungkin lelaki ini mempunyai sejarah hitam ketika mereka masih lagi kecil. Mungkin mereka mengalami penderaan emosi yang tiada siapa pun tahu.

5. Memberi hadiah demi menutup kesalahan.

Lelaki ini sukar untuk mengungkapkan kata-kata maaf. Apa yang mereka tahu adalah dengan pemberian barang dapat menutup segala kesalahan yang telah dilakukan terhadap wanita tersebut. Lelaki ini juga seolah-olah memikirkan dapat membeli jiwa wanita dengan wang ringgit.

“Alahhh…nanti dah bagi hadiah mahal-mahal senyap lah tu…”

6. Terlalu mengawal dan mengongkong.

Wanita memang akan cuba sedaya-upaya dari mendekati lelaki sebegini kerana mereka akan menyangkakan lelaki ini KAKI PUKUL. Apabila terlalu mengawasi pergerakan atau menjadi spy untuk wanita tersebut, sudah tentu mereka akan ketakutan. Siapa sahaja mahukan pasangan yang panas baran dan kaki pukul.



 

 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,408 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen