5 Kelakuan Yang Akan Membuatkan Teman Lelaki Anda Berlaku Curang.

 

Bercinta itu sememangnya menyeronokkan, melekakan serta menakutkan. Perasaan takut kehilangan pasangan itu pasti ada dalam setiap pasangan. Bukan itu sahaja, ketakutan mengetahui jika pasangan berlaku curang juga tidak dapat dinafikan. Tetapi dalam keseronokkan bercinta itu kadang kala kita leka dan terlupa akan satu perkara yang sepatutnya tidak dilakukan. Di mana kelakuan itu akan membuat pasangan kita rasa tidak selesa dengan kita serta merasakan kita ini terlalu merimasakan. Jom ketahui kelakuan apa yang membuatkan pasangan kita berlaku curang.



1. Mudah berasa cemburu.

Apa yang paling merimaskan lelaki adalah sifat cemburu pasangan mereka. Berwaspada itu mungkin boleh diterima tetapi jika rasa cemburu yang berlebihan itu akan menyebabkan timbul rasa rimas pada pasangan. Apabila rasa rimas mereka ini akan mula mencari yang lebih menyenangkan daripada anda. Rasa cemburu itu perlu ada, tetapi tidak perlu lah terlalu berlebihan.

2. Mudah merajuk.

Mungkin kerana inginkan perhatian daripada pasangan anda menjadi seorang yang mudah merajuk. Segala perkara yang dirinya lakukan akan salah di mata anda dan akhirnya anda yang merajuk kerana ingin dipujuk. Bukan itu sahaja, anda juga inginkan menguji pasangan anda dengan cara begini. Sedangkan, orang lelaki ini tidak ramai yang pandai memujuk dan mereka tidak sukakan pasangan yang mudah merajuk.

3. Sentiasa inginkan sesuatu yang mahal.

Setiap pasangan mempunyai cita rasanya yang tersendiri. Ada yang boleh terima jika makan di kedai tepi jalan dan ada yang tidak. Anda yang menghargai setiap pemberian pasangan dan ada yang tidak. Jika anda inginkan sesuatu yang mahal maka anda perlu mencari pasangan yang sesuai mengikut cita rasa anda, bukannya pasangan anda perlu memenuhi cita rasa anda. Anda perlu faham bahawa tidak semua lelaki mampu menyediakan sesuatu yang mahal untuk anda.


4. Kurang menghargai pasangan.

Jika anda sentiasa ingin dihargai, begitu juga pasangan anda. Mereka ini mempunyai keinginan yang sama dengan anda. Jadi jangan penah lupa untuk menghargai mereka walau apa pun yang mereka telah lakukan untuk anda. Buat mereka rasa dihargai bukannya hanya mementingkan diri anda sahaja.

5. Cuba untuk menjauhkan dari rakan-rakannya.

Lelaki biasanya mempunyai rakan yang sangat rapat sebelum kehadiran anda. Jadi dirinya pasti sentiasa menghabiskan masa bersama dengannya. Jika anda mula menjauhkan mereka ini, kemungkinan pasangan anda juga akan menjauhkan diri daripada anda. Jadi biarkan dirinya terus berkawan selagi ia mendatangkan kebaikan buat dirinya.

Lima perkara ini biasanya adalah perkara yang kita selalu anggap tidak penting serta memilih untuk mengabaikannya. Hal ini kerana rata-rata pasangan yang berlaku curang akan menyatakan lima perkara ini adalah sebab dirinya berlaku curang. Jadi hati-hati gais.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,802 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen