Jauhi Si Dia Jika Anda Melihat 4 Tanda ini.

 

Dalam tempoh pertunangan, perkenalan mahupun percintaan adalah satu tempoh ubtuk kita mencari serta mengenali pasangan kita dengan lebih dekat. Hal ini kerana, apabila berkahwin nanti tidak ada lah masalah kita tidak tahu perangai pasangan kita. Walaupun pada ketika ini tidak semua perangai ditunjukkan tetapi pasti anda beberapa tanda yang menunjukkan bahawa dirinya itu tidak akan membawa kebaikan kepada diri kita. Kadang kala ketika dalam tempoh ini, ramai yang hanya akan membutakan mata terhadap kelakuan pasangan mereka yang akhirnya nanti diri sendiri yang terluka. Jom ketahuinya.



1. Selalu merendahkan anda.

Sebagai pasangan yang baik, dirinya seharusnya selalu menyokong anda bukannya merendahkan serta meremehkan anda. Jadi jika pasangan anda selalu memperlekehkan anda itu bermakna dirinya bukan lah pasangan yang sesuai untuk anda. Anda harus mencari pasangan yang menyokong bukan merendahkan anda.

2. Cemburu buta.

Setiap orang akan ada perasaan cemburu, tetapi yang membezakannya adalah cemburu tersebut buta atau tidak. Jika cemburu buta, dirinya akan kerap bertindak melulu dan menyakiti anda. Manakala jika tidak cemburu buta, anda dirinya akan bertanya kepada anda dan meminta penerangan. Jadi cari pasangan yang bersedia menerima segala penerangan anda terlebih dahulu sebelum dirinya bertindak.


3. Berbohong mengenai hubungan anda.

Jika anda dengan dirinya menjalinkan hubungan, maka ia bukan lah satu perkara yang perlu disembunyikan. Di mana dirinya tidak mengaku anda adalah sebagai pasangannya, itu tidak harus dilakukan. Perkara seperti ini akan hanya menghadirkan orang ketiga. Jika pasangan anda tidak mengakui siapa anda dengannya maka jangan terus bersamanya. Anda seharusnya mencari orang yang bangga miliki anda bukan sebaliknya.

4. Mudah naik tangan atau panas baran.

Mana-mana wanita tidak akan tahan jika memiliki pasangan seperti ini, jika anda memiliki pasangan seperti maka jangan terus butakan mata anda hanya untuknya. Anda perlu jauhi dirinya dari anda. Pasangan yang hadir sebagai pelengkap dan pelindung bukannya sebagai penambah kesakitan dalam diri anda.

Elakkan jalinkan hubungan dengan mereka yang mempunyai empat perkara ini. Jika anda tetap teruskan perhubungan tersebut, ia hanya mendatangkan kebahagiaan yang sementara. Anda perlu ingat bahawa anda jalinkan hubungan untuk mencari suami atau isteri sebagai pelengkap hidup serta peneman hingga ke akhir hayat anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,940 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen