“Pandainya awak masak…” Jom Ketahui Antara Kata-Kata Pujian Yang Akan Membuat Si Dia Rasa Sentiasa Disayangi

 

Jika seorang pekerja memerlukan kata-kata motivasi dari majikan dipejabat untuk menaikkan semangat, pasangan yang bercinta juga memerlukan kata-kata pujian supaya hati, perasaan dan emosi terjaga. Kata-kata pujian ini sangat penting terutamanya dalam mengekalkan hubungan, tidak kira sama ada di alam percintaan atau perkahwinan kerana ia untuk menghargai pasangan.

Pasangan yang menghargai antara satu sama lain melalui perbuatan, kadang-kala terlepas pandang dengan mata kasar. Tetapi apabila kata-kata pujian dilontarkan walaupun secara berbisik ia akan terus menusuk ke hati, kerana memang lumrah manusia mahu mendengar kata-kata yang baik sahaja.

Dan memang seorang insan itu amat memerlukan kata-kata yang berinspirasi supaya dirinya rasa dihargai, dihormati, disanjungi, dicintai dan disayangi. Kata-kata ini tidak lah mahal, malah ia percuma sahaja. Cuma mulut kita sahaja yang sukar untuk meluahkan kata-kata tersebut kerana ego di dalam diri.


Jika dalam hubungan kita menjadi berat mulut untuk meluahkan kata-kata pujian malah cinta, ia mungkin menjadi punca sesuatu hubungan itu menjadi hambar.

Jadi jom ketahui antara kata-kata pujian tersebut…

  • “Awak insan yang paling istimewa dalam hidup saya”
  • “Saya tak jemu dengar suara awak setiap hari…”
  • “Tak ada orang lain yang boleh buat saya ketawa seperti awak…”
  • “Awak buat saya boleh lupakan masa silam saya…”
  • “Dengan awak saya rasa tenang sangat…”
  • “Saya tak tau nak buat apa, kalau awak tak ada…”
  • “Awak adalah sumber inspirasi untuk saya berubah menjadi orang yang lebih baik…”
  • “Awak selalu bagi nasihat yang saya nak dengar…”
  • “Awak sangat menakjubkan…”
  • “Saya nak berada disisi awak selama-lamanya…”
  • “Terima kasih sebab muncul dalam hidup saya…”
  • “Saya tak boleh berhenti berfikir pasal awak…”

  • “Saya bertuah sebab memiliki awak sebagai pasangan saya…”
  • “Awak cantik hari ni…”
  • “Awak lagi bertambah handsome kalau potong rambut macam ni…”
  • “Sebelum ni saya serik untuk bercinta, tapi setelah mengenali awak, awak ubah segalanya…”
  • “Awak terangi hidup saya…”
  • “Awak dah berjaya melengkapi hidup saya…”
  • “Terima kasih sebab buat saya senyum setiap hari…”
  • “Awak lah cahaya dalam hidup saya…”
  • “Awak lah nyawa saya…”
  • “Saya tak akan lupa segala kenangan indah dengan awak…”

Selamat Mencuba, Dan Simpanlah Kata-Kata Ini Sebagai Kamus Pada Masa Hadapan Anda!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,894 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen