Apabila Sudah Lama Terluka, Belajarlah Untuk Bangkit Dengan 5 Cara Mudah Ini.

 

Ramai sahaja insan yang telah putus cinta, terlalu lama memberi ruang pada diri sendiri untuk move on. Ada sahaja seperti sudah malas bercinta kerana ia terlalu perit untuk ditelan. Ada juga terlalu menghukum diri sendiri dan merasakan tidak layak untuk menerima cinta lagi daripada seseorang.

Sedangkan Allah memberi kita ruang untuk bertaubat dah beribadah pada-Nya, masakan kita sendiri tidak memberi ruang pada diri untuk merasakan bahagia di dunia.

Jom lihat 5 cara mudah ini untuk bangkit dan mencintai diri anda seadanya…

1. Sentiasa travel atau melihat pemandangan diluar rumah.

Jika sebut sahaja tentang travel, anda pasti memikirkan untuk pergi ke luar negara sahaja. Dalam Malaysia juga sudah memadai, usah paksa diri untuk meniru gaya hidup orang lain. Jika setiap minggu anda sentiasa memerap diri dalam rumah dan bilik, keluarlah ke tempat berdekatan.

Atau rancang setiap sebulan atau bila-bila pada tarikh cuti umum untuk berjalan ke negeri orang.

Atau sekurang-kurangnya pergi ke taman dan melihat keindahan ciptaan Allah SWT. Bersyukurlah anda diberi peluang untuk menikmati keindahan tersebut.

2. Sentiasa katakan ‘Yes’ pada diri anda.

Ia seolah-olah membuat kejutan pada diri sendiri dimana anda tidak pernah melakukan perkara tersebut pada sebelum ini. Jadi, beranikan diri untuk melakukan sesuatu perkara yang anda takut atau belum pernah lakukan. Seperti cuba menonton wayang dan berjalan-jalan di Mall keseorangan. Atau anda boleh cuba untuk lakukan aktiviti sukan yang anda tidak pernah cuba.



3. Belajar untuk menerima.

Tidak kira menerima dari segi apa, tetapi apabila ada sahabat menghulurkan bantuan, terima sahaja dengan hati terbuka. Jangan lah terlalu berdegil dan mengatakan anda boleh berdikari. Siapa sahaja mahu melihat insan yang terluka selalu sahaja berdikari. Bukan simpati, tetapi setiap orang perlu ada teman.

Malah jika ada orang memuji, ungkap sahaja dengan ‘Terima Kasih’ dan tersenyum. Jangan pula dalam hati anda bermonolog “Alahhh…ada apa-apa la tu nak puji, mesti bodek..” Lihat sahaja diri anda yang terlalu paranoid!?

4. Belajar untuk memaafkan diri sendiri dan orang lain.

Apabila diri sudah lama terlalu diselubungi dengan aura negatif, semuanya hanya negatif pada pandangan anda. Anda juga menjadi seorang yang terlalu menghukum dan suka menilai luaran orang lain. Jangan terlalu berkeras hati dengan diri sendiri.

5. Belajar untuk melihat kebaikan pada orang lain.

Apabila terlalu lama terluka dan berduka, sudah tentu ia membuatkan tidak mudah untuk anda mempercayai orang lain. Ia akan menjurus anda untuk melihat kesalahan orang lain sahaja, tiada kebaikan. Kita sering cakap “Aku dah banyak buat benda yang baik, tapi yang salah juga yang orang pandang…” Kenapa? Sebab diri kita sendiri juga begitu.

Terlalu suka menilai dan melihat kesalahan sahaja. Tidak pernah melihat kebaikan yang dilakukan oleh orang tersebut.



 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 612,777 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen