Kenali Bahasa Tubuh Yang Menyatakan Anda Sudah Tidak Menyukai Dirinya.

 

Menjalinkan hubungan dengan seseorang yang mencintai anda itu sememangnya membahagiakan. Namun, kadang kala dalam hubungan yang membahagiakan itu pasti aka nada ujian yang akan datang menghampiri. Dan setiap ujian itu akan menguji kasih sayang anda dan pasangan. Tanpa sedar ujian yang datang itu akan mengubah tingkah laku anda serta membuat hati anda semakin tawar. Semua perkara itu mungkin boleh disangkal melalui mata dan hati tetapi ia tidak boleh ditipu melalui perbuatan. Mari kenal bahasa tubuh yang menyatakan bahawa anda sudah tidak menyukai dirinya lagi.



1. Mudah marah walaupun mengenai hal yang remah.

Perkara yang boleh dilihat adalah, anda begitu mudah untuk melenting dan marah akan perkara-perkara yang kecil. Sedangkan dahulu anda masih lagi boleh bertolak ansur akan perkara-perkara tersebut. Bahkan anda mampu tanganinya. Namun, ketika ini anda lebih mudah untuk berasa marah. Bahkan, kadang kala anda marah akan satu perkara yang tidak logik dan tidak ada sebab yang munasabah.

2. Mula tidak setuju dengan pelbagai perkara.

Jika dahulu, setiap perkara yang tidak dipersetujui akan mula dibuat bincang dan mula mencari persetujuan bersama. Namun, kini tidak lagi. Segala perkara yang boleh dibawa bincang kini tetap akan diakhiri kata tentangan dari anda. Bahkan setiap hujah yang diberikan oleh pasangan anda akan tetap tidak dipersetujui anda walaupun kadang kala terdapat logik disebalik hujah tersebut. Bagi anda segalanya bagaikan tidak kena pada anda.


3. Mula jarang menghabiskan masa bersama.

Apabila dirinya ajak menghabiskan masa bersama tidak kira lah berjumpa atau hanya sekadar di panggilan, anda seolah-olah sibuk tidak mempunyai masa untuk perkara tersebut. Anda juga kerap menolak ajakkannya kerana rimas akan dirinya. Sedangkan anda tidak melakukan apa-apa pun di rumah. Bukan itu sahaja, anda lebih memilih untuk sibukkan diri berbanding meluangkan masa bersamanya.

4. Mula terganggu dengan panggilan telefon atau kiriman mesej.

Jika dahulu, setiap panggilan dan kiriman mesej dari dirinya akan buat anda sentiasa ternanti-nanti. Tapi kini, ia bagaikan satu perkara yang begitu mengganggu anda. Setiap kali anda menerima mesej atau panggilan darinya, anda akan mula kehilangan mood yang baik malah akan berasa marah melihat namanya.

Jika anda mempunyai empat bahasa tubuh ini dalam perhubungan anda, mungkin sudah tiba masanya untuk anda memutuskan perhubungan anda dengannya. Untuk apa anda teruskan jika ianya hanya akan melukakan hati anda serta pasangan anda sahaja.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,560 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen