5 Tanda Pasangan Anda Masih Lagi Tidak Matang Dalam Bercinta.

 

Setiap pasangan yang bercinta sudah tentu mahukan hubungan yang stabil dari semua segi termasuklah emosi dan kewangan. Jika dari segi emosi dan perasaannya juga tidak dapat dikawal, dan hanya menurutkan hati sahaja, ia menandakan pasangan anda tidak matang.

Malah, jika masih berteka-teki wang lebih dari gaji tersebut untuk keseronokan atau simpanan, ia juga menandakan masih lagi tidak matang.

Jadi, jom ketahui jika pasangan anda masih lagi tidak matang dalam bercinta…

1. Hidup yang tiada hala tuju.

Seseorang yang tidak suka pada komitment akan mengalami hidup yang tiada arah tuju. Sama ada hanya dirancang oleh ibu bapa sahaja, atau dirinya memang tidak suka pada perancangan. Semuanya mahukan spontan sahaja.

“Cari kerja awal-awal pun, bukannya dapat, nanti dapat lah tu…”

“Takpe, nanti mak I kasi belanja, kalau u ada duit lebih nak kasi I pun takpe…”

2. Hidup selekeh dan tidak terurus.

Apabila tiada komitmen dalam kehidupan, sudah tentu penampilan juga sukar untuk dijaga. Seseorang yang mempunyai kerjaya sudah tentu dirinya mahu kelihatan kemas sentiasa kerana tahu apa reaksi pertama orang lain terhadap dirinya. Dan dirinya sudah terbiasa untuk kelihatan bersih dan teratur.

Orang yang hidupnya selekeh dan tidak terurus ini, rumahnya juga sudah tentu tidak kemas dan tidak bersih. Jika dirinya sendiri tidak terurus, bagaimana untuk menjaga anak orang pula? Nanti tidak terurus pula hidup anda apabila berdampingan dengan pasangan yang begini.



3. Sering mengelakkan diri untuk berbicara isu yang serius.

Hal kahwin lagilah tiada di dalam fikirannya. Tetapi jika ditanya tentang perancangan masa hadapan seperti simpanan, kerjaya dan tentang ahli keluarga pasti mahu mengelak. Malah menengking anda pula “Awak sibuk nak tahu kenapa? Nanti saya fikirlah…” Jika sebegini sikapnya, sudah tentu si memang belum serius dalam hubungan kalian.

4. Tidak terbuka apabila berbincang.

Si dia seperti tidak bijak dalam berbicara. Contoh seperti baca tajuk artikel sahaja, tetapi tidak mahu pula membaca isinya. Padahal isi itu yang penting kerana ia lebih terperinci dan mungkin ada nilai-nilai murni atau kata-kata azimat yang boleh dijadikan inspirasi. Jika tidak membaca isinya sudah tentu terlepas dengan info yang sangat berguna.

Jadi, jika anda berbual dengannnya mengenai beberapa isu, hanya singkat sahaja kerana tidak bertukar pendapat.

5. Tidak berfikir sebelum bertindak.

Orang yang tiada perancangan kebanyakan suka bertindak tanpa berfikir dahulu tentang kesannya. Adakah ia akan mendatangkan hasil? Atau adakah ia memudaratkan dalam jangka masa yang lama? Orang seperti ini bertindak kerana mereka yakin, sudah tentu orang yang terdekat akan menolong.

Contoh: “Alahhh…aku nak juga beli lipstick ni walaupun mahal. Limited edition kot. Nanti duit dah habis boleh minta belanja kat mak ayah… boyfriend pun ada. Apa guna boyfriend kan..”

Jadi, apabila anda memiliki pasangan yang tidak matang ini. Apakah yang ada harus lakukan? Jadilah seorang yang matang untuk tidak terus meninggalkan mereka. Jadilah seorang yang rasional untuk memikirkan adakah si dia layak untuk dijadikan sebagai pasangan sehidup semati?



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,537 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen