Ketahui 5 Kebiasaan Wanita Yang Tidak Disenangi Oleh Orang Lelaki.

 

Sebagai seorang wanita pastinya banyak perkara yang anda akan terleka dan terlepas pandang. Bagi anda, pasangan anda pasti siap bersedia menerima segala-segalanya mengenai anda. Sehinggakan anda terlupa bahawa terdapat beberapa perkara yang pasangan anda tidak senangi tetapi anda kerap kali melakukannya. Jom kita ketahui apa yang orang lelaki tak suka akan wanita.



1. Menceritakan masalah hubungan kepada orang lain.

Ini adalah perkara yang paling lelaki tidak suka, mana tidaknya masalah peribadi dalam hubungan anda akan cerita kepada orang luar. Walaupun ia sebagai rakan, pasti ia akan menimbulkan satu pandangan yang tidak selesa kepada teman lelaki anda. Mana tahu tanpa sengaja anda juga turut memburukkan nama pasangan anda. Perangai ini adalah perkara yang lelaki tidak sukai, anda perlu ingat itu.

2. Selalu membebal akan hobi dirinya.

Setiap orang mempunyai minat yang berbeza, anda juga begitu. Jadi anda seharusnya menjadi penyokong serta permberi semangat kepada pasangan anda terhadap hobinya atau perkara yang disukai. Bukannya membebal yang hanya menyakitkan telinganya serta membuat dirinya rimas. Jangan biarkan dirinya rasa tidak selesa dengan diri anda.

3. Tidak memberikan masa untuk hal peribadinya.

Setiap orang inginkan masa untuk dirinya sendiri bagi menguruskan hal peribadinya. Pasangan anda juga begitu. Dia perlukan masa untuk dirinya untuk melakukan beberapa perkara. Sebagai contoh, bermain game, lepak bersama rakan-rakannya ataupun menghabiskan petangnya bersama ahli keluarganya. Anda seharusnya faham akan perkara tersebut. Jangan hanya mementingkan diri anda sahaja.


4. Ketika anda berusaha mengubah dirinya.

Anda suka jika seseorang mula mengubah penampilan atau kelakuan anda? Sudah pasti tidak bukan? Pasti anda ingin pasangan anda menerima siapa diri anda. Begitu juga orang lelaki. Mereka ini mahu anda terima sufat semula jadi mereka. Jika anda mengubah mereka, mereka rasakan hilang diri mereka serta keyakinan mereka. Jadi terima sahaja siapa pasangan anda itu, kerana anda yang memilih dirinya sejak awal.

5. Ketika anda mula tergedik melihat lelaki yang lebih elok darinya.

Tidak ramai yang akan lakukan perkara ini, tetapi ada sahaja yang melakukannya tanpa sengaja. Walaupun pasangan anda tidak kata bahawa dirinya cemburu atau tidak suka, tetapi anda harus tahu, bermain mata dengan lelaki lain adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan apabila anda telah jalinkan satu hubungan. Jadi jaga-jaga dengan langkah anda.

Biasanya lima perkara ini dilakukan secara tidak sengaja serta anda terlalu ikutkan rasa hati anda. Maka dengan itu, selepas ini anda seharusnya lebih berhati-hati atas setiap perbuatan anda.


 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 492,849 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen