5 Tanda Anda Dan Si Dia Mempunyai “Chemistry” Yang Kuat.

 

Chemistry atau kimia boleh dimaksudkan dengan erti kata bahawa anda dan pasangan adalah pasangan yang serasi. Sekiranya anda dan pasangan mempunyai chemistry yang kuat, ia akan membuatkan hubungan yang kalian jalinkan itu adalah hubungan yang mampu bertahan lama. Secara umum, ia boleh dirasakan oleh hati dan sangat peribadi. Tetapi bagaimana untuk kita tahu bahawa kita ada chemistry yang kuat bersama pasangan? Jom kita ketahui.



1. Sering tersenyum apabila bersama.

Apabila kalian bersama, anda dan pasangan akan lebih mudah tersenyum. Ia merupakan satu ikatan yang kuat dengan lebih banyak senyuman di dalam perhubungan kalian. Mengapa kalian mudah tersenyum? Hal ini kerana, apabila minda anda gembira, perlahan-lahan senyuman akan terukir dibibir anda. Jadi jika anda sentiasa gembira, itu akan melahirkan senyuman yang berpanjangan.

2. Meniru pergerakan atau percakapan yang hampir serupa.

Anda akan lihat pasangan yang mempunyai chemistry yang biasanya akan terlalu mudah untuk meniru antara satu sama lain. Jadi mereka ini akan lebih mempunyai persamaan dari segi percakapan atau pergerakan yang sama. Bahkan, kadang kala ia dilakukan secara spontan. Sebagai contoh, jika mereka ini boleh mempunyai satu pemikiran yang sama seperti tanpa sengaja menyanyikan lagu yang sama.

3. Punya minat yang sama.

Sudah menjadi perkara biasa yang dilalui oleh mana-mana pasangan yang mempunyai chemistry ini bahawa mereka ini akan mempunyai minat yang sama, dari pelbagai bentuk. Tidak kira lah ia adaalh hobi, genre lagu, atau genre filem. Hampir segala-galanya mereka ini mempunyai persamaan yang lebih mudah untuk membuat mereka ini saling berkongsi antara satu sama lain.


4. Lebih terbuka dengan perasaan masing-masing.

Disebabkan mereka ini sudah banyak persamaan, mereka ini juga akan lebih selesa untuk bersifat terbuka. Jadi tiada masalah untuk mereka ini meluahkan apa yang mereka rasakan. Jadi pasangan mereka ini juga akan lebih mudah untuk memahami apa yang diluahkan serta disampaikan. Mereka ini seperti tidak berselindung antara satu sama lain.

5. Mempunyai rasa selesa antara satu sama lain.

Jika sudah ada chemistry yang kuat ini, sudah pasti lah mempunyai perasaan selesa yang menyenangkan. Kesamaan dan keserupaan kalian ini akan membuatkan anda begitu selesa antara satu sama lain yang tidak semestinya dimiliki oleh pasangan lain. Bahkan. Keselesaan ini akan timbul walaupun kalian hanya sebagai kenalan atau rakan bukannya pasangan kekasih.

Lima tanda ini adalah secara umum yang akan dirasai oleh pasangan yang mempunyai chemistry. Boleh jadi, pasangan yang mempunyai chemistry yang kuat juga boleh terbentuk melalui satu perkara yang lain. Tapia pa-apa pun, jika anda dan pasangan anda mempunyai lima tanda ini, kalian pasti pasangan yang mempunyai chemistry yang kuat.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,264 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen