Adakah Si Dia Mencintai Anda Seadanya? Mari Ketahui.

 

Akhir-akhir ini banyak isu mengenai wanita atau lelaki yang ditinggalkan gara-gara dirinya tidak begitu sempurna dimata mereka. Bahkan masa awal perkenalan mereka ini tiada masalah untuk saling mencintai, tetapi apabila selepas bertunang ataupun mendirikan rumah tangga, salah seorang daripada mereka mula mempunyai masalah dengan kekurangan pasangan mereka. Jadi mari kita cari tahu, adakah pasangan kita itu mencintai kita seadanya ataupun tidak.



1. Perkara yang anda boleh lihat adalah, dirinya memperkenalkan anda dengan orang tuanya, saudara mara, adik beradik serta rakan-rakannya. Hal ini kerana, dirinya mahu anda selesa dengan orang disekelilingnya. Bukan itu sahaja, dirinya juga ingin membuat anda rasa disenangi oleh orang sekelilingnya. Ini adalah salah satu perkara yang sangat penting.

2. Pasangan anda juga mendorong anda memperbaiki kekurangan diri anda. Jika anda mempunyai masalah fizikal seperti kulit muka berjerawat ataupun masalah berat badan, dirinya tidak akan begitu mudah untuk menghina diri anda. Tetapi dia mengambil langkah untuk merawati segala kekurangan fizikal anda. Ini juga menandakan bahawa dirinya begitu tulus mencintai anda dengan menerima kekurangan anda serta merawat masalah yang anda hadapi.


3. Seterusnya adalah lebih memberikan anda perhatian yang lebih kerana tahu anda berasa tidak yakin dengan cintanya. Pasti anda akan sentiasa ragu-ragu terhadap dirinya kerana, orang sepertinya mampu mempunyai orang lain yang lebih baik, tetapi dirinya masih bersama anda. Maka dengan itu, dirinya mula menjaga tingkah laku yang tidak akan menguriskan hati anda serta memberikan anda perhatian yang lebih selepas dirinya tahu akan keraguan diri anda.

4. Dirinya juga tidak akan memperlekehkan kekurangan anda. Ia bermakna kekurangan anda itu bukan menjadi satu bahan ejekan yang akan membuat anda berkecil hati tetapi dirinya banyak memberi nasihat yang akan membuat anda lebih bersemangat untuk berubah. Jadi si dia bertindak sebagai penyokong bukannya seseorang yang memandang rendah terhadap anda.

Kesimpulannya, jika anda melihat pasangan anda mempunyai empat ciri ini, ia menandakan bahawa dirinya begitu mencintai anda seadanya. Jika anda sudah memiliki pasangan seperti ini, maka lakukan perubahan agar usahanya mencintai anda seadanya akan berbaloi.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,552 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen