Bersederhanalah Dalam Bercinta.

 

Setiap orang pasti ingin bercinta kerana ia memang sifat lahiriah dalam jiwa manusia untuk sentiasa rasa disayangi terutamanya pada pasangan yang bercinta. Tetapi ramai juga dikalangan mereka yang gagal untuk mengawal perasaan diri ketika bercinta. Mudah gembira, mudah sedih, mudah marah, mudah merajuk dan mudahnya hati membenci apabila sudah putus cinta.

Padahal mengawal emosi itu sangat penting ketika bercinta.

Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam daripada bapanya bahawa khalifah Umar al-Khattab RA (wafat 23 H) pernah berpesan kepada bapanya dengan berkata;

“Janganlah kecintaanmu kepada seseorang menjadi bebanan dan kebencianmu pula menjadi kebinasaan.

Aku bertanya: ‘Bagaimana boleh terjadi hal yang demikian?’

Beliau menjawab : ‘Apabila kamu mencintai sesuatu maka janganlah kamu menjadi 'obses' seperti kanak-kanak yang memperlakukan barang yang dicintainya.’

‘Dan apabila kamu membenci pula maka janganlah sampai kamu mahu orang yang kamu benci itu dihancurkan dan dibinasakan.’”

[HR Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad dan Abd Razzaq dalam al-Musannaf]

BERSEDERHANALAH KETIKA BERCINTA

Terutamanya yang masih belum berkahwin, malah pada pasangan yang bakal menghampiri alam rumah tangga.

Jangan terlalu mengagungkan pasangan…

Jangan terlalu melebih-lebihkan pasangan dalam segala hal…

Jangan terlalu mencintai sehingga menutup mata pada Ilahi…

Jangan biarkan ia terlalu ketat dan rapat, namun jangan pula sampai ia longgar sehingga terlepas….

Sesuaikanlah ikatan cinta menurut keperluan dan keadaan kerana kebencian di dalam diri dan perasaan cinta akan silih berganti tanpa kita sedar. Ia juga akan berputar bagaikan sisi syiling yang sentiasa berbolak-balik.



TIDAK SALAH UNTUK BERGEMBIRA KETIKA BERCINTA

Kerana bergembira itu sunnah. Maksudnya ialah jangan terlalu bersedih, belajar menghargai nikmat Allah supaya merasa syukur dan bergembira dengan setiap kurnia-Nya. Bergembira dengan pasangan dalam setiap apa yang kita lakukan, dan juga dalam apa jua situasi.

Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah (wafat 751 H) menyebut:

“Kesedihan melemahkan hati dan keazaman serta merosakkan tekad (motivasi diri). Dan tidak ada sesuatu yang lebih disukai oleh syaitan selain daripada kesedihan seorang mukmin..”

Dan juga…

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA (wafat 93 H) bahawa Nabi SAW selalu membaca:

“Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan sifat malas, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat kikir dan pengecut, dan aku berlindung pada-Mu dari hutang yang tak mampu ditanggung serta penindasan orang.” [HR. Al-Bukhari dan Abu Daud]

Jangan pula terlalu berduka sekiranya cinta tidak dibalas. Buanglah perasaan kecewa itu daripada jiwa supaya redha dengan setiap ketentuan-Nya. Berdoa, berusaha dan bertawakal kepada-Nya supaya memiliki jodoh yang diidam-idamkan.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,308 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen