Antara Doa Yang Boleh Diamalkan Pada Mereka Yang Inginkan Kebahagiaan Dalam Perkahwinan.

 

Setiap pasangan sudah tentu ingin mengecapi kebahagiaan dalam hubungan, terutamanya pada mereka yang telah berkahwin. Sebagai seorang muslim, sudah tentu kita akan berdoa dan meminta dari-Nya untuk hal-hal kebaikan. Jadi, jom amalkan doa-doa seperti berikut supaya kita tidak mudah lupa pada-Nya pada masa susah dan senang…

1. Untuk memohon kebaikan dan dijauhi kejahatan.

“Allahumma habbib ilainal imaana wazayyinhu fi quluubinaa, wa karrih ilayyal kufro wal fusuuqo wal ‘isyaan, waj’alna minar raasyidiin.”

Seperti Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 7 yang bermaksud:

“Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.”



2. Untuk memohon diberi kecukupan dan menghadapi kesulitan.

Allah SWT berfirman;

Maksudnya: “Cukupkanlah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung.” (At-Taubah: 129)

3. Untuk memohon dijauhi hasad dengki dan dendam dalam keluarga.

“ Rabbanaghfirlanaa wali ikhwaanina, allaziina sabaquuna bil iimaan, walaa taj’al fii quluubinaa ghillal lillaziina aamanu, rabbanaa innaka rauufur rahiim.”

Seperti Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hasy-r ayat 10 yang bermaksud:

"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".

4. Untuk memohon pasangan dan zuriat yang menjadi penyejuk hati.

“Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imaama”

Seperti Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:

“…Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”

5. Untuk memohon zuriat yang rajin mendirikan solat.

“…Rabbij ‘alni muqimas solati wa min dzurriyyati, rabbanaa wa taqabbal du’a”

Seperti Allah SWT berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”



6. Untuk memohon perlindungan untuk anak dari mata jahat (‘ain).

“…U’izukuma bi kalimatillahit taammah min kulli shaytaniw wa haammah wa min kulli ‘aynil laammah” (Hadis Sahih, Riwayat Al-Bukhari: 3371)

Yang bermaksud: “Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna untuk kalian (berdua), dari gangguan syaitan dan binatang berbisa, dan dari pandangan mata (‘ain) yang jahat.”

7. Untuk doa memohon cinta dan kasih sayang.

“…Allahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika…” (Hadis Hasan, Riwayat Tirmidzi)

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. ”

8. Untuk memohon zuriat yang baik.

“…Rabbi habli min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaka samii’ud duaa’.” (Surah Al-Imran: 38)

Maksudnya: :" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan"



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,378 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen