Bagaimana Hendak Ketahui Perangai Sebenar Pasangan Kita? Jom Ikuti Langkah Ini.

 

Ketika dalam tempoh percintaan ataupun perkenalan, sudah pasti kita akan tercari-cari sifat sebenar pasangan kita. Bahkan kita juga ingin tahu adakah sifatnya selama ini benar-benar dirinya atau hanya sekadar berpura-pura untuk menambat hati anda. Sudah menjadi perkara biasa apabila seseorang yang ingin memiliki kita itu pasti akan menyembunyikan setiap keburukan dirinya, maka dengan itu kita perlu cari tahu bagaimana perangai si dia yang sebenar?



1. Mulakan dengan berkongsi kisah hidup.

Perkara yang pertama anda boleh lakukan adalah, berkongsi cerita mengenai diri anda sendiri. Selepas itu, minta dirinya untuk berkongsi cerita mengenai dirinya. Cerita apa sahaja, mengenai latar belakangnya, kenangan kanak-kanaknya masih kecil, kelakuan dirinya ketika bersekolah atau apa sahaja yang anda ingin tahu. Tapi pastikan anda yang memulakan dahulu, baru lah anda boleh bertanya kepadanya sebagai permulaan.

2. Bertanya mengenai kisah silam pasangan.

Seterusnya ialah, anda harus berani untuk bertanya mengenai kisah silamnya. Mana lah tahu jika pasangan anda itu mempunyai kisah silam yang tidak mahu diceritakan. Jadi sebagai pasangan anda harus lah ambil tahu serba sedikit kisah silamnya itu. Jangan nanti apabila sudah berkahwin anda merasakan ditipu pula.

3. Kenali sikap dirinya bersama keluarga.

Tidak lupa juga, anda harus mengenali sikap si dia bersama keluarganya. Anda perlu cari tahu adakah dia manja dengan ibu bapanya ataupun dirinya itu tidak memperdulikan keluarganya. Dari sini lah baru anda dapat tahu sikap sebenar dirinya. Hal ini kerana, kelakuan terhadap ibu bapa serta ahli keluarga biasanya adalah sikap yang sebenar dan bukannya sikap yang berpura-pura.


4. Lihat gaya percakapan dengan orang sekelilingnya.

Selepas itu, baru lah anda boleh lihat gaya percakapan dirinya, bersama anda, rakan-rakannya serta ahli keluarganya. Di sini anda akan ketahui adakah pasangan anda itu seorang yang mudah marah, penyayang, panas baran ataupun seorang yang lembut. Hal ini kerana, gaya percakapn terhadap seseorang itu melambangkan keperibadian dirinya.

5. Uji tahap kemarahannya.

Akhir sekali adalah, apabila anda merasa tidak pus hati terhadap satu perkara, anda perlu luahkan sahaja apa yang anda rasakan itu. Dan anda boleh lihat bagaimana sikap serta kelakuanya terhadap anda. Jika si dia mudah melenting, maka itu lah sikapnya jika ia sebaliknya itu juga lah sikapnya. Jadi anda harus mencari satu perkara yang turut akan menimbulkan kemarahan dirinya. Tetapi jika anda sudah yakin terhadap dirinya, tidak perlu lah anda lakukan hal ini.

Apa yang anda harus lakukan apabila mengetahui sikap sebenar pasangan anda? Jika pasangan anda adalah orang yang tidak berpura-pura dari awal perkenalan, anda seharusnya setia bersamanya. Jika sebaliknya, anda harus membuat keputusan yang bijak yang tidak akan melukakan hati anda pada masa akan datang.


 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,893 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen