“Saya Tak Suka Tengok Awak Sakit…” Lelaki Gentleman Tidak Suka Melihat 8 Perkara Ini Pada Kekasihnya.

 

Lelaki yang baik sudah tentu dia adalah seorang lelaki yang gentleman. Tetapi bagi wanita, lelaki gentleman ini sudah pupus, betul ke? Jom lihat 8 perkara ini yang menandakan masih wujud lagi lelaki gentleman…

1. Lelaki ini tidak suka melihat pasangannya sakit.

Siapa sahaja yang suka melihat pasangan mereka terlantar di atas katil dan cuba bertarung dengan kesakitan yang dialaminya? Adakah lelaki yang bergelar suami tidak mahu melihat isteri mereka berjuang ketika bersalin? Jika ada suami yang sanggup menemani isterinya di 'labor room', dia lah seorang superhero dan gentleman.



2. Lelaki ini tidak suka melihat pasangannya sedih.

Air mata wanita adalah kelemahan lelaki. Mana-mana lelaki pasti ada sahaja tidak tahu apa yang mereka patut lakukan ketika pasangannya bersedih. Mahu memujuk nanti kena marah pula. Jika dibiarkan lagi bertambah rajuknya. Jika seorang lelaki itu setia menanti sehingga tangisan reda, anda bertuah.

3. Lelaki ini tidak suka berjauhan dengan pasangannya.

Lelaki kurang mahir menunjukkan rindunya apabila berjauhan, tapi suami anda sejujurnya sentiasa mengingati anda bila berjauhan. Sebab itulah dia tertunggu-tunggu untuk pulang ke rumah. Jangan lupa tujuannya berkahwin dengan kita, bukankah dia nak luangkan sebanyak mungkin masanya bersama-sama?

4. Lelaki ini tidak suka apabila melihat pasangannya hilang kepercayaan diri.

Apabila telah bergelar suami kelak, mereka tidak sentiasa disisi isterinya. Ini kerana dia percaya bahawa isterinya sangat sempurna dan mampu berdikari. Ingatlah ketika anda fokus pada kelemahan diri sendiri, dia pula fokus pada kekuatan anda. Jadi, dia benci dan takut jika anda kehilangan rasa percaya ini.

5. Lelaki ini tidak suka melihat orang lain menyakiti hati pasangannya.

PANTANG! Pantang lelaki ini melihat sesiapa sahaja termasuk sahabat baik anda melukai hati anda sendiri. Ini kerana seperti point nombor 2, lelaki yang gentleman tidak suka melihat air mata pasangannya apatah lagi kesedihan dan kemurungan.



6. Lelaki ini tidak suka pasangannya ‘fake’.

“Awak pakai macam ni kenapa? Ikut siapa pula ni?”

“Ala….ada influencer tu pakai macam ni, cantik tak?”

“Alaaa…saya tengok kat youtube..”

Lelaki ini tahu anda tidak biasa ber-fashion kerana kebiasaannya anda terlalu casual. Tetapi apabila terlalu make-over sehingga menjadi orang lain, lelaki ini seperti tidak kenal diri anda lagi. Dia mahukan originaliti pada diri anda.

7. Lelaki ini tidak suka melihat kegagalan pasangannya.

Lelaki ini tahu anda mempunyai cita-cita yang tinggi. Jadi, setiap perkara yang pasangannya lakukan pasti disokong seratus peratus. Apabila gagal, sudah tentu pasangannya jatuh dan sedih. Lelaki yang gentleman tidak suka melihat drama ini, dan terus bantu untuk bangkit.

8. Lelaki ini tidak suka menyinggung perasaan pasangannya.

Kadang-kala lelaki juga ada yang bertindak melulu tanpa memikirkan perasaan kekasihnya. Mungkin kerana ketika itu hatinya betul-betul sedang marah, TETAPI ketahuilah wanita mereka sangat menyesal dengan perbuatannya itu. Malah sebenarnya, dia benci akan dirinya sendiri.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,898 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen