Betul Ke Lelaki Yang Baik Dan Single Ni, ‘Husband Material’?

 

Trend terkini, ada sahaja perkataan-perkataan baru dari anak remaja yang kadang-kala diluar jangkaan. Mengikut peredaran masa, orang yang lebih ‘senior’ haruslah dapat mengikuti perkembangan anak muda zaman sekarang supaya tidak ketinggalan zaman. Sebagai contoh yang melibatkan percintaan zaman anak muda pada masa sekarang adalah seperti ‘husband material’, ‘boyfriend material’, ‘relationship goal’ dan seumpama dengannya.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ‘HUSBAND MATERIAL’ INI?

Bagi pandangan wanita, husband material adalah lelaki yang sesuai dijadikan sebagai calon suami. Oleh sebab apa? Itu adalah pandangan wanita secara peribadi dan individu. Setiap wanita mempunyai citarasa yang berlainan.



Mungkin ada yang mahu bakal suami yang begitu alim…

Mungkin ada juga yang mahu bakal suami yang betul-betul bertanggung jawab…

Mungkin sebahagiannya hanya mahukan lelaki yang ringan tulang dan tidak membebankan…

Dan bagi pandangan wanita, ‘boyfriend material’ pula adalah seorang lelaki yang sangat memahami, bertanggung jawab dan boleh dipercayai untuk ke hubungan yang serius TETAPI masih lagi tahap untuk berseronok sahaja. Mungkin takut pada komitmen? Siapa tahu, kan?

TETAPI PANDANGAN LELAKI MENGENAI ‘HUSBAND MATERIAL’ INI ADALAH SEPERTI BERIKUT…

1. Jika mereka terus meluahkan perasaan suka pada seseorang wanita ketika dirinya masih terumbang-ambing (tidak stabil dari segi kewangan dan kehidupan), apakah yang mereka boleh berikan pada wanita tersebut? Padahal dirinya memang tiada apa untuk dimegahkan.

2. Mereka sangat malu apabila memiliki kewangan yang tidak stabil tetapi masih mahu mengejar cinta. Tetapi takut pada pengakhiran hubungan itu adalah sia-sia sahaja. Mereka tidak mahu digelar sebagai lelaki yang suka mempermainkan perasaan wanita.

3. Lelaki yang setia, tetapi sudah terluka banyak kali. Maka setiap kali bertemu dan bekenalan dengan seorang wanita, sudah tentu mereka ini lebih berhati-hati. Tidak mahu pisang berbuah dua kali.



4. Lelaki jenis ini juga lebih suka berkongsi masalah hanya dengan ibunya sendiri sahaja kerana ibunya yang sporting dan supportive. Jadi, adakah mereka masih perlukan seorang teman wanita apabila ibu adalah tempat luahan hatinya selama ini?

Mereka juga sentiasa mengorat ibunya, kerana untuk menambah pahala, dan bukannya dosa apabila keluar dating bersama teman wanita. (Deep)

5. Lelaki ‘Husband Material’ ini juga seorang yang hanya fikir untuk jangka masa yang panjang. Mereka tidak mahu ‘mengorat-anak-dara-orang’ ketika dirinya tidak bersedia untuk komitmen. Ketika sedang memperbaiki diri menjadi lebih baik, mereka hanya melihat wanita yang mereka suka dari jauh.

Jadi, setelah mereka merasakan hidupnya telah stabil dan sempurna, ketika dan saat itu lah dirinya sudah bersedia untuk terus MEMINANG wanita yang mereka suka dalam diam. TETAPI….

Kebanyakan daripada wanita tersebut telah menemui jejaka lain terdahulu. Mungkin oleh kerana situasi begini, wanita zaman sekarang tidak jumpa lagi lelaki yang jenis ‘Husband Material’ ini. TERLAMBAT mungkin? Siapa yang bersalah? Wanita yang tidak sabar untuk berumah tangga? Atau lelaki tersebut mengambil masa yang terlalu lama untuk stabilkan diri?

Semuanya terpulang kepada individu. Jika itu sangkaan yang kita mahu, Insya Allah, Allah akan mengikut sangkaan kita. Husnudzon.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen